Buletin

DISKAUN 30% DAN ANSURAN 0% SELAMA 6-12 BULAN UNTUK PELANGGAN VW YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan membantu pelanggannya yang terjejas akibat banjir dengan tawaran  potongan 30 peratus ke atas alat ganti serta kos buruh. 

Tawaran tersebut sah mulai sekarang hingga 28 Februari 2022 di semua pengedar Volkswagen di seluruh negara. 

Bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi, pelanggan juga boleh membuat bayaran ansuran selama 6 hingga 12 bulan dengan kadar 0% (tertakluk kepada terma dan syarat). 

“Kami semua di VPCM sangat sedih dengan bencana banjir yang melanda negara. Kami bersimpati dengan mereka yang mengalami kerugian harta benda. Kami harap bantuan ini akan dapat mengurangkan beban mereka dalam tempoh sukar ini,” kata Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter. 

Para pemilik disarankan supaya memuat turun aplikasi baharu Volkswagen Cares untuk menebus baucar bantuan banjir. Sila hubungi pusat servis sah terdekat untuk maklumat lanjut. 

Google ads
Back to top button