
ETIQA: LAGI COVER, LAGI POWER BERSAMA MOTORTAKAFUL.COM
Bayangkan anda tengah bersiap-siap untuk balik berhari raya pada hari ini. Baju sudah dikemas dalam beg, beg sudah dimasukkan ke dalam kereta, biskut raya, buluh lemang, periuk masak rendang dan seterika semua sudah ada.
Tiba-tiba barulah perasan yang cukai jalan anda akan tamat dalam beberapa hari. Ini juga bermakna perlindungan kenderaan akan tamat bersama-sama cukai jalan. Siapa pula nak bantu untuk perbaharui insurans pada saat-saat akhir ini?
Jangan risau kerana MotorTakaful.com menyediakan perkhidmatan pembaharuan insurans secara atas talian, cepat dan mudah. Dalam masa kurang 10 minit termasuk pembayaran atas talian, kereta anda akan dilindungi sepenuhnya untuk perjalanan balik kampung yang lebih tenang.

Antara kelebihan memperbaharui insurans di MotorTakaful.com termasuklah diskaun 10% atas nilai perlindungan dan pemulangan wang tunai terus ke akaun anda jika tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan.
Bagi pemegang kad kredit Maybank pula, anda boleh menikmati faedah 0% jika memilih untuk membuat bayaran insurans secara ansuran. MotorTakaful.com juga memberi jaminan perlindungan pada semua pemandu, di samping servis bantuan teknikal kecemasan seperti menukar bateri dan bantuan khidmat kereta tunda 24 jam.
Senang sahaja untuk memperbaharui insurans dengan MotorTakaful.com, hanya beberapa klik sahaja sudah selesai. Pada masa sama, menawarkan anda peluang untuk membawa pulang sebuah Perodua Bezza atau hadiah utama BMW 320i Sport!

Tiada borang perlu diisi, tiada slogan perlu dicipta dan tiada bukti penyertaan, hanya perbaharui insurans secara atas talian. Tawaran sah sehingga 31 Julai 2022 dengan 12 unit Perodua Bezza dan satu unit BMW 320i Sport ditawarkan dengan pemenang dipilih secara rawak.
Hah, tunggu apa lagi? Perbaharui insurans sebelum pulang berhari raya dan anda mungkin membawa pulang sebuah BMW nanti.