Buletin

FLEX CARA ORANG KAYA. LELAKI ANGGAP SAMAN LEBIH RM200K SEBAGAI PARKIR VIP

Sesetengah orang sememangnya memanfaatkan status dan harta untuk ‘flex’ kepada khalayak umum. Namun bagi Luke Desmaris, berusia 27 tahun, apa yang dilakukannya sedikit aneh dengan mengatakan ‘wang tidak penting’.

Menurut pelbagai laporan, Desmaris telah menerima sekurang-kurangnya 100 saman pada tahun lalu dengan memarkir BMW M4 miliknya di parkir VIP secara haram di London. Dia dikatakan berbuat demikian secara sengaja dan berkata “orang tak berkemampuan melihat pada denda, tetapi saya melihatnya segai tempat letak kereta VIP.”

The Sun melaporkan denda daripada saman diperolehinya berjumlah lebih AS$8,131 (RM38,484) pada tahun lepas. Desmaris dilapor memperoleh pendapatan lebih AS$116,165 (RM549,808) sebulan dengan melalui dagangan dalam talian.

Walaupun tempat letak kereta di London seperti mimpi ngeri, Desmaris berkata “Saya tidak menghalang apa-apa atau melakukan sesuatu yang salah, selain meletak kereta secara haram.”

Ia kedengaran seperti cara menunjuk-nunjuk yang tak masuk akal tetapi ia membawa satu perkara yang menarik. Walaupun tiket parkir kereta pada kadar AS$150 (RM709) mungkin cukup untuk menghalang seseorang daripada membayar saman AS$50,000 (RM236,650) setahun dengan meletak kereta secara haram, namun denda itu tidak mempunyai kesan kepada seseorang dengan berpendapatan AS$500,000 (RM2.3 juta) atau lebih setiap tahun.

Reaksi warganet bercampur-campur dengan beberapa orang mengaku kesalahan mereka, tetapi tidak kurang juga mencadangkan bahawa denda harus berasaskan pendapatan supaya ia lebih adil.

Google ads
Back to top button