
FORD RANGER GENERASI BAHARU BAKAL MUNCUL DI MALAYSIA TIDAK LAMA LAGI
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan Ranger generasi terbaru yang dinantikan akan mula diperkenalkan pada hujung bulan nanti.
Menerima rekaan serba baru secara menyeluruh, Ford Ranger dijangka sekali lagi memberi erti lebih segar kepada segmennya sebagai sebuah kenderaan gaya hidup untuk bekerja, keluarga dan riadah.
Sebagai Ranger yang paling pintar, penuh kepelbagaian dan paling berkemampuan setakat ini, Ranger generasi baharu pastinya akan lebih diminati. Ia boleh menjadi teman yang dipercayai untuk pemiliknya menempuh apa jua keperluan dan cabaran dalam kehidupan seharian.

Selain gayaan luaran tersendiri, ruang kabin yang menyenangkan, ciri keselamatan, teknologi maju dan keselesaan premium, pemilik Ranger generasi baharu akan menjadi sebahagian daripada kelompok individu yang berkongsi minat sama untuk menikmati kehidupan sepenuhnya dalam apa jua yang mereka lakukan.
“Pelanggan Ranger ialah mereka yang meraikan suasana dan memandang tinggi segenap aspek kehidupan yang berkualiti. Ranger generasi baharu merupakan kenderaan yang diperlukan pelanggan untuk menjalani Kehidupan Ranger – menyempurnakan tugasan, meneroka tanpa rasa takut ke tempat yang diinginkan serta mengukuhkan hubungan keluargaan, komuniti dan individu dengan minat yang sama,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair.
Jelajah lima-lima-lima untuk Ranger generasi baharu
SDAC sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan Ranger generasi baharu di lima lokasi di seluruh negara yang melibatkan wilayah Tengah, Utara, Selatan, Sabah dan Sarawak lebih awal daripada tarikh ia mula dijual di bilik pameran tempatan.
Jelajah itu akan diadakan selama lima hujung minggu bermula dengan acara pengenalan utama pada 22 Julai 2022.
Mereka yang ingin menjadi antara yang terawal mendekati Ranger perlu mendaftar untuk jelajah berkenaan. Peserta akan diberi taklimat terperinci dan boleh melihat trak pikap itu secara lebih dekat, berbual dengan perunding jualan dan membuat tempahan.
Peminat Ranger boleh mendaftar di laman “Keep Me Informed” di sini untuk mendapat jemputan eksklusif jelajah pengenalan ini dan mengetahui bila ia akan singgah di bandar berdekatan mereka.

Getaways — alami pengalaman menyeluruh Kehidupan Ranger
Ford Ranger Getaways merupakan platform kembara dan percutian komuniti yang membawakan pengalaman unik Kehidupan Ranger melalui siri kembara khas tempatan.
Ia menjadi tempat di mana individu yang berkongsi minat dan minda sama membina “Lingkungan Ford”, berkumpul serta menjalin persahabatan. Pada masa sama menikmati kepelbagaian, kemampuan dan potensi penuh Ranger tanpa mengira varian.
Pelanggan boleh memilih cabaran atau percutian yang diinginkan. Ini termasuklah pengalaman off-road untuk menguji had kenderaan, menjadi juruterbang selama sehari, menikmati hari dengan alam semula jadi atau sekadar bersantai bersama keluarga.
Untuk mengetahui lanjut tentang aktiviti menyeronokkan yang lain dan menempah Ford Ranger Getaways, layari di sini.
Maklumat lanjut tentang Ranger generasi terbaru, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube atau layari www.sdacford.com.my.