Buletin

FORD TAMBAH VARIAN RANGER SPORT SPECIAL EDITION DI AUSTRALIA – BERMULA RM153K

Rangkaian trak pikap terkenal Ford di Australia, Ranger kini ditambah dengan satu varian baharu yang dikenali sebagai Sport Special Edition. 

Diposisikan di antara model XLS dan XLT 4×4, varian tersebut ditawarkan pada harga ASD$52,940 (RM153,000) untuk transmisi manual atau AUD$55,140 (RM159,000) bagi automatik.

Penambahan wang sebanyak AUD$6,000 (RM17,320) itu dapat dilihat pada warna baharu seperti merah, kelabu, putih, hitam dan kelabu. 

Ranger Sport Special Edition menggunakan khidmat enjin 3.2 TDCi yang mampu menjana kuasa 200PS dan tork 470Nm.

Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear manual atau automatik enam kelajuan bersama keupayaan menunda sehingga 3.5 tan.  

Trak pikap itu menerima kemasan hitam pada gril, perumah cermin sisi, hendal pintu, rim aloi bersaiz 17 inci, sport bar, pemijak kaki , bampar belakang dan bedliner berwarna hitam matt serta pelekat ‘Sport’. 

Aspek keselamatan pula dipertingkatkan menerusi sistem Brek Kecemasan Autonomi yang merangkumi Pedestrian Detection, Lane Keeping Aid dengan Lane Departure Warning, Driver Alert, Traffic Sign Recognition dan lampu utama high-beam automatik sebagai ciri standard. 

Pada ruang kabin, Ranger Sport Special Edition dilengkapi pakej SYNC3 yang terdiri daripada paparan skrin sentuh bersaiz lapan inci, kluster instrumen digital 4.2 inci, radio DAB+, navigasi satelit, Apple CarPlay, Android Auto, kawalan suhu dua zon, kamera undur dan sistem kemasukan tanpa kunci pintar. 

Google ads
Back to top button