
FOTO INTIP MPV ELEKTRIK VOLVO, MIRIP ZEEKR 009 – BAKAL DILANCARKAN PADA Q4 2023
Volvo sebelum ini pernah mendedahkan bakal mengeluarkan MPV elektrik pertama mereka pada Q4 2023 dan baru-baru ini, MPV Volvo dilihat sedang diuji di China.
MPV berpelekat samaran itu kelihatan seakan Zeekr 009 namun ia bukanlah kejutan kerana kedua-dua model berkenaan dibina atas platform SEA (Sustainable Experience Platform).
Dari segi dimensi, ukurannya hampir sama, 5,209mm (panjang), 2,024mm (lebar), 1,858mm (tinggi) dan jarak roda pada 3,205mm. Dengan saiz tersebut, ia bakal menjadi MPV terbesar di Sweden.

Perincian luaran jadi sorotan termasuklah pintu gelangsar, garisan bonet tinggi, lampu belakang tunggal manakala bahagian hadapan MPV ini menerima lampu nyalaan seakan Volvo EX90 atau EX30.
Di bahagian dalam, ia mempunyai 7 tempat duduk dengan susun atur 2-2-3, sementara tempat duduk barisan kedua akan dilengkapi sokongan kaki, fungsi pemanasan serta fungsi urut.
Beralih kepada kuasa, Volvo bagaimanapun masih belum mendedahkan spesifikasi rasmi namun tidak mustahil ia akan serupa dengan Zeekr 009, didatangkan bersama dua pilihan bateri ternary (NMC), 116 kWj (jarak gerak 702km) dan 140kWj (822km).
Bagi motor elektrik pula, kuasa gabungan berupaya menghasilkan 544hp dan 686Nm tork.
Bercakap mengenai harga, jelas bahawa Volvo menelan kos lebih tinggi berbanding Zeekr di China. Model MPV elektrik baharu itu dijangka bernilai sekitar AS$100,000 (RM465,850).
GALERI:


- BACA: VOLVO EX30, SUV VOLVO PALING KECIL DAN TANGKAS, 0-100 KM/J DALAM 3.6 SAAT!
- BACA: VOLVO EX90 AKAN DIPASANG DENGAN 25 PEMBESAR SUARA BOWERS & WILKINS
- BACA: INI KEMEWAHAN DALAMAN VOLVO EX90 EXCELLENCE, DUA KERUSI SAHAJA DI BELAKANG!
- BACA: VOLVO CAR SEDIA JUAL KENDERAAN ELEKTRIK SEPENUHNYA DI THAILAND MENJELANG 2025