Motosikal

GAMBAR STUDIO INI MUNGKIN BOLEH MENGUBAH PERSEPSI ANDA TERHADAP BENELLI RFS 150i

Pelancaran model super moped Benelli RFS 150i semalam nyata mendapat sambutan hangat daripada pembaca. Sehinggakan laman web Mekanika Malaysia mengalami sedikit gangguan. Mujur juga masalah itu tidak berlanjutan dan laman web boleh dilayari seperti biasa.

Sebagaimana yang kami jangka, trend super moped atau kapcai dengan enjin bersesaran 150cc semakin berkembang. Letak apa sahaja cerita tentang segmen motosikal ini, respons yang diterima memang luar biasa.

Jadi, untuk meyakinkan bakal pembeli RFS 150i, kami sertakan beberapa keping gambar studio yang lebih cantik dilihat. Ia juga memaparkan lebih perincian bersama warna yang lebih menyerlah.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, RFS 150i dikuasakan oleh enjin dengan tiga palam pencucuh. Power… kelajuan maksimum juga dikatakan boleh mencecah sekitar 140 hingga 150km/j.

Perincian mengenainya boleh anda rujuk di artikel berikut:

BACA: BENELLI LANCAR SUPER MOPED RFS 150i – RM6,988!

Kalau hendak beli, kena sabar sikit kerana RFS 150i hujung bulan ini baru masuk kedai. Bertabah lah nak..

GALERI

Google ads
Back to top button