BuletinSpyshot

GILIRAN IMEJ “PUNGGUNG” TOYOTA SUPRA PULA TERDEDAH

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Sempena menantikan kehadiran tarikh pelancaran Toyota Supra baru yang semakin hampir, banyak imej yang mula tersebar di alam maya. Terbaru ialah rupa bentuk bahagian belakang coupe dua pintu hasil uasahama Toyota dan BMW didedahkan oleh laman web SupraMKV forum .

Setelah beberapa ujian, pameran dan prototaip didedahkan, buat pertama kalinya, imej tanpa pelekat samaran berjaya diperolehi oleh laman web SupraMKV forum . Ia imej paling jelas setakat ini dan daripada apa yang dapat anda lihat, rekabentuknya mirip dengan beberapa gambar intipan yang diperolehi sebelum ini.

Lama sebelum projek kereta ini jadi kenyataan, Toyota membangunkan versi konsepnya yang dikenali sebagai FT-1. Ia adalah sebagai kesinambungan legasi Toyota yang mahu menghasilkan kereta sports mampu milik bagi peminat mereka.

Sejak penamatan pengeluaran JZA80 Supra pada 2002, Toyota tiada pasaran kereta sports coupe dua pintu pacuan belakang – hanya ada Toyota 86 yang menggunakan platform Subaru.

Setakat ini, belum ada pengesahan atau maklumat kukuh jenis enjin yang akan digunakan. Begitupun ramai yang menyebut bahawa ia akan dipadankan dengan enjin enam selinder sebaris.

Tags
Google ads
Back to top button
Close