
GOSIP: PERODUA SEDANG BINA KENDERAAN HIBRID?
Sebulan yang lepas, Toyota Astra Corporation Indonesia telah melancarkan sebuah lagi crossover dalam segmen B dikenali dengan nama Toyota Yaris Cross. Berbeza dengan kembarnya yang dijual di Eropah dengan menggunakan platform TNGA dan menggunakan kod XP210, Toyota Yaris Cross untuk Asia Tenggara menggunakan platform DNGA dan kod AC200
Toyota menggunakan platform DNGA-B, sama seperti yang digunakan oleh Toyota Veloz, Toyota Vios dan juga Perodua Alza. Malah dalam diam diam juga, Perodua juga akan membangunkan SUV segmen B versi mereka sendiri dengan menggunakan kod projek D66B.
Dari segi penawaran enjin, selain menggunakan enjin petrol yang terkenal iaitu enjin 4 silinder 1500cc dual VVT-i 2NR-VE yang menjana 105 kuasa kuda dan 138Nm tork terdapat satu lagi enjin yang lebih efisyen diperkenalkan dengan menggunakan kod 2NR-VEX.
Walaupun anda cuba mencari seberapa banyak maklumat yang anda cuba cari berkenaan dengan enjin ini, namun tidak banyak informasi yang boleh diperolehi. Kita cuma mengetahui yang enjin ini beroperasi dengan kitaran enjin Atkinso dengan bantuan sistem pemasaan injap. Namun kami gagal memperolehi nisbah mampatan yang digunakan melainkan kami percaya angka tersebut melebihi 11.5:1 yang digunakan oleh enjin 2NR-VE
Enjin ini menjana sekitar 90 kuasa kuda dan 121Nm tork, lebih rendah berbanding dengan varian 2NR-VE yang menggunakan kitaran enjin Otto bagi mencapai kecekapan enjin yang lebih baik. Enjin ini akan mengecaj bateri ion Lithium sebesar 0.7kWh yang kemudian akan membekalkan kuasa elektrik pada motor elektrik.

Motor elektrik ini akan menjana sekitar 79 kuasa kuda dan 141Nm tork seawal 0 RPM, menjadikan sistem gear tidak lagi diperlukan sama seperti kereta elektrik melainkan satu unit gear tunggal yang dikenali sebagai e-CVT. Pecutan 0-100km/jam dibuat dalam masa 11.1 saat serta berupaya dipandu sejauh 29km bagi setiap liter petrol.
Berbalik pada persoalan di atas, adakah benar Perodua sedang membangunkan sistem hibrid bagi kegunaan model baru akan datang? Kami akan cuba bagi jawapan dalam 2 perseperktif.
Pertama, semua teknologi samaada platform dan juga enjin telahpun wujud dan digunakan oleh Perodua termasuklah enjin dan juga platform. Malah platform DNGA-B ini juga digunakan oleh Perodua Alza manakala Perodua hanya perlu membuat sedikit sahaja talaan yang minima bagi menukar enjin 2NR-VE menjadi 2NR-VEX
Kedua, Perodua hanya perlu membangunkan vendor tempatan bagi menghasilkan komponen hibrid seperti bateri ion lithium, inverter, dan juga motor elektrik bagi memastikan kandungan komponen tempatan mereka adalah tinggi dan seterusnya merendahkan kos pengeluaran.
Jadi jika semua komponen hibrid ini berjaya dibangunkan dan dihasilkan dalam negara, maka Perodua tiada masalah untuk menghasilkan trenkuasa hibrid bagi kenderaan mereka. Mungkin SUV D66B ini akan menjadi kenderaan pertama yang akan menggunakan sistem hibrid pertama buatan Perodua nanti.
Seperti yang kita sedia maklum, Perodua sedang menguji 300 unit Perodua Ativa hibrid yang menggunakan enjin 1200cc 3 silinder WA-VEX ni bertindak sebagai pengecas bateri hibrid. Tak power mana pun enjin ini, sekitar 80hp dan 105Nm tork saja. Bateri ni akan sambung ke motor elektrik yang berkuasa 104hp dan 170Nm tork. Nilai tork ni dah hampir sama dengan enjin 1800cc petrol aspirasi normal