Buletin

CIVIC TYPE R LIMITED EDITION JADI KERETA KESELAMATAN WTCR 2020

Honda pada 20 Februari 2020 melancarkan tiga siri Civic Type R rupa baru (facelift) iaitu Type R GT sebagai kesinambungan sedia sedia, Type R Sport Line tampil selesa dan sederhana manakala Type R Limited Edition hadir dengan spesifikasi sesuai untuk litar lumba.

Ciri pada Civic Type R Limited Edition itu kena pada tempatnya apabila dipilih sebagai Kereta Keselamatan Rasmi WTCR – FIA World Touring Car Cup musim 2020.

Civic Type R Limited Edition dipertontonkan buat kali pertama pada Februari di ibu pejabat JAS Motorsport di Milan yang merupakan rakan rasmi dan permotoran Honda sejak sekian lama.

Walaupun fokus utama pembangunan ialah prestasi di litar, Civic Type R Limited Edition dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan aktif dan bantuan pemanduan. 

Bayangkan sebuah model tegar (hardcore) dengan teknologi Honda SENSING.

Kelengkapan standard ialah Kawalan Jelajah Adaptif, Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS), dengan Amaran Perlanggaran Berdepan, Road Depature Mitigation dengan Amaran Penukaran Laluan dan Bantuan Pengekalan Laluan.

Kereta Keselamatan Type R Limited Edition menggunakan grafik khas di atas warna badan eksklusif iaitu Sunlight Yellow.

Grafik kereta ini adalah hasil kerja pereka Vanuf dari Belgium yang telah banyak mereka bentuk grafik kereta perlumbaan Honda.

Di antara ciri menarik pada Type R Limited Edition ialah pengurangan berat sehingga 47kg berbanding Type R GT, ubah suai pada suspensi, roda ringan BBS saiz 20 inci, dan tayar Michelin Pilot Sport Cup-2.

Enjin masih sama, 2.0 liter VTEC Turbo berkuasa 320PS pada 6,500 rpm dan tork 400 Nm. Pecutan dari 0 hingga 100 km/j memerlukan 5.7 saat.

Hanya 100 unit Honda Civic Type R Limited Edition ditawarkan untuk pasaran Eropah.

BACA: HONDA ACCORD DENGAN KIT MODULO, SEGAK JUGA KAN?

BACA: BISIMOTO HONDA FIT TURBO 2015, KUASA ENJIN 480HP!

BACA: PADA 1999 HONDA ODYSSEY RA6 DIPERKENAL, ENJIN VTEC 2.3L DAN 3.0L V6

Kredit foto: Honda

Google ads
Back to top button