Buletin

HONDA DEDAH FOTO RASMI CR-V 2023 UNTUK PASARAN AMERIKA UTARA. LAMPU BELAKANG MACAM VOLVO

Honda baru-baru ini mendedahkan rupa bentuk luaran CR-V 2023 menerusi satu siri foto rasmi.Ia jelas menunjukkan bagaimanakah rupa sebenar SUV popular itu yang dijadual diperkenalkan di pasaran Amerika Utara dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Seperti yang boleh dilihat, reka bentuk CR-V serba baharu itu kelihatan lebih garang bersama beberapa kemasan berwarna hitam yang menggantikan efek krom.

Lampu utama pula lebih nipis berbanding model lama, seolah-lah mengikut apa yang dipersembahkan pada model crossover elektrik Prologue.

Gril depan jenis mesh di hadapan hadir dengan corong pengambilan udara, selain kemasan hitam pada bahagian bawahnya. Di bahagian belakang, perubahan paling ketara pastinya lampu yang berbentuk L, sekali pandang seperti lampu pada SUV Volvo.

Honda dijangka melengkapkan CR-V generasi baru ini dengan rangkaian kuasa hibrid. Dari segi konfigurasinya, ia berkemungkinan besar akan menggunakan enjin 1.5 liter turbo dengan sistem i-MMD seperti Civic e:HEV yang mampu menjana kuasa mencecah 181hp.

Dengan tork sehingga 315Nm, ia bukan sahaja berkuasa, malah menjimatkan penggunaan bahan api.

Bukan itu sahaja, CR-V juga akan didatangkan dengan konfigurasi tempat duduk 5+2, sama seperti generasi sebelumnya.

Untuk pengguna Malaysia, agak mustahil kita menerima CR-V pada tahun ini. Jadi, jangkaan terbaik ialah pada tahun 2023. Sama-sama kita tunggu…

Google ads
Back to top button