" "
Artikel PilihanBuletin

HONDA DIARAH BAYAR RM153JUTA. REKAAN TALI PINGGANG PUNCA KECEDERAAN

Ini kisah yang panjang dan agak menarik di mana seorang wanita telah berjaya memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan gantirugi daripada Honda kerana mendakwa rekaan talipinggang keselamatan kenderaan mereka tidak selamat.

Seorang wanita dari Texas, Amerika telah terlibat dalam kemalangan sewaktu menaiki kenderaan Uber – iaitu sebuah MPV Honda Odyssey.

Menurut Dallas News, Sarah Milburn 27-tahun memesan perkhidmatan Uber. Pemandu tersebut bagaimanapun telah melanggar lampu isyarat merah dan Odyssey yang dinaikinya dilanggar dari sisi oleh sebuah trak pikap.

Kejadian berlaku pada November 2015 dan pada 2016 beliau menyaman Honda kerana mendakwa rekaan talipinggang keselamatan MPV tersebut menyebabkan kecederaan kekal padanya. Beliau kini hanya boleh menggerakkan tangannya pada kadar minima.

Tapi apa sebenarnya apa hujah beliau?

Seperti kebanyakan MPV keluaran 2011 pada waktu itu, memang banyak pengeluar menggunakan tali pinggang keledar yang ditarik daripada bumbung kenderaan dan Honda Odyssey tidak terkecuali.

Untuk memakainya, tali pinggang keledar untuk kerusi penumpang tengah perlu dilekatkan dulu pada kerusi dan kemudian ditarik ke pinggang untuk dilekatkan pada cangkuk pengetatnya.

Walaupun kaedah tali pinggang keledar ini suatu yang biasa tetapi seorang pakar telah membuat demonstrasi di hadapan juri bahawa tidak sampai 10 peratus pengguna mampu menggunakannya dengan betul.

Video ini menerangkan bagaimana cara yang betul memakai tali pinggang “bumbung” dan kami yakin, ramai antara kita juga tersilap dan hanya memasukkan cangkuk pada satu arah sahaja.

Dapatan hujah ini mengejutkan pihak juri.

“Sarah memakai tali pinggang itu sama seperti 50 daripada 53 orang yang kami kaji. Sebenarnya, memakai dengan cara itu lebih berbahaya berbanding tidak memakai tali pinggang langsung,” Ujar peguam Charla Aldous.

Selepas mahkamah memutuskan keputusan, Honda membuat kenyataan akan melakukan rayuan “bersungguh-sungguh”.

“Rekaan tali pinggang penumpang tengah dalam Odyssey keluaran 2011 telah melepasi standard keselamatan yang ditetapkan oleh persekutuan dan ia adalah sama sepertimana rekaan minivan yang lain dalam kategorinya.

Menurut dokumen mahkamah, juri mendapati bahawa peraturan terhadap tali pinggang tidak cukup sempurna untuk melindungi penumpang dari risiko. Sementara itu, keluarga Sarah Milburn berharap keputusan ini dapat menghalang mana-mana pengeluar lain daripada menggunakan rekaan tali pinggang yang sama.

Google ads
Back to top button