
TERLEBIH BAYAR BONUS, HONDA AMERIKA TUNTUT PEKERJA PULANGKAN SEMULA WANG
Honda meminta pekerjanya untuk membayar semula bonus yang diberikan kerana telah memasukkan terlebih amaun daripada selayaknya. Honda memberi masa kepada pekerja sehingga 22 September untuk membayar semula. Jika tidak, gaji pekerja akan dipotong atau melalui bonus akan datang.
Bercakap dengan NBC4, isteri kepada seorang pekerja Honda berkata memulangkan wang itu mungkin sukar bagi sesetengah keluarga dan tidak ramai orang boleh menangani situasi seperti ini.
Lagipun, jumlah yang diberikan bukanlah bonus tertinggi yang pernah diterima oleh suaminya. Lebih malang lagi, suaminya kini terpaksa menanggung hutang hampir lapan peratus daripada bayaran bonus tersebut.

Profesor undang-undang Ohio State University, Sarah Cole mengatakan sememangnya Honda berhak untuk meminta wang lebihan itu kerana mengikut Akta Piawaian Buruh Adil, terpakai kepada semua majikan di Amerika Syarikat bahawa lebihan bayaran bonus atau gaji boleh dibayar semula oleh pekerja.
Namun, untuk sebuah syarikat dengan nilai pasaran AS$42 bilion (RM192 bilion) turun naik tangga mahkamah menuntut pekerjanya membayar semula lebihan bonus diberikan hanya akan mendapat publisiti yang negatif.
Kini, Honda perlu mencari jalan untuk mencapai persetujuan bersama antara majikan dan pekerja supaya perkara ini dapat diselesaikan sebaik mungkin.
- BACA: MODEL S PLAID TOTAL LOSS DIPANDU PEKERJA PUSAT SERVIS, TESLA GANTI KERETA BAHARU
- BACA: VIDEO TIKTOK TULAR, PEKERJA MENUNJUK-NUNJUK JUMLAH BAYARAN BULANAN EMPAT ANGKA
- BACA: FORD BUANG 3,000 PEKERJA DI AMERIKA SYARIKAT, KANADA, INDIA
- BACA: TIDAK CUKUP PEKERJA, PENGELUAR ALAT GANTI AUTOMOTIF RUGI RM2 BILION