Buletin

HYUNDAI SAH TAMATKAN PRODUKSI VELOSTER PADA JULAI 2022

Hyundai dilapor akan menamatkan pengeluaran model Veloster di Korea Selatan pada Julai depan.

Memetik laporan media Hankyung, Hyundai memang tidak bercadang untuk meneruskan produk Veloster selepas 11 tahun. Langkah itu diambil bagi melancarkan pengeluaran SUV Kona generasi baharu dan sedan Elantra N.

Veloster mengikut nasib yang terpaksa dilalui oleh model hibrid Ioniq yang juga akan ditamatkan produksinya bulan depan.   

Hyundai kini hanya menghasilkan Veloster N dalam jumlah kecil. Ia dipasang di kilang Ulsan 1, sama seperti Kona. Dengan kehadiran Kona baharu tahun depan, ketiadaan Veloster akan memberi lebih banyak ruang untuk memasang Kona.  

Dalam perkembangan berkaitan, Kona baharu dilihat beberapa kali diuji di atas jalan raya awam. Kona generasi kedua itu nampaknya mengekalkan rekaan lampu utama yang terpisah. Kona dijangka diperkenalkan pada tahun 2023 kerana model facelift baharu sahaja dilancarkan lewat tahun 2020.

Google ads
Back to top button