Buletin

HYUNDAI TAMATKAN KERJASAMA DENGAN RIMAC?

Pada tahun 2019, konglomerat Hyundai-Kia telah melabur sebanyak AS$90 juta (RM36 juta) ke dalam pengeluar kenderaan berprestasi tinggi Croatia, Rimac.

Kedua-dua syarikat itu menjalin kerjasama untuk membangunkan beberapa buah kenderaan. Namun kolaborasi tersebut kini menjadi tanda tanya.

Tahun lalu, Porsche meningkatkan pegangan sahamnya dalam Rimac yang dikatakan menjadi punca kepada Hyundai menamatkan kerjasama dengan Rimac. Mereka sepatutnya membangunkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta elektrik Hyundai N dan jentera sel bahan api.  

Menurut sumber, Hyundai dan Rimac telah menamatkan kerjasama kenderaan sel bahan api. Manakala projek EV diteruskan dan bakal dilancarkan pada awal tahun 2023. Ia dibangunkan secara in-house oleh Hyundai. Jika kolaborasi itu tamat, Hyundai boleh menjual 12 peratus saham dalam Rimac.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, Rimac dilihat terus maju. Ia bukan sahaja membangunkan sistem tujahan EV untuk pengeluar lain, malah turut menghasilkan supercar sendiri iaitu Nevera.    

Rimac hanya menghasilkan 150 unit Nevera yang berkuasa 1,914hp dan ditawarkan pada harga €2 juta (RM10 juta).

Google ads
Back to top button