
INI SEBAB KENAPA ANDA PERLU BELI KERETA DENGAN EON
Sejak ditubuhkan pada tahun 1984, Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) mula mengorak langkah menjadi sebahagian sejarah penting dalam perkembangan automotif Malaysia apabila menjadi pengedar eksklusif Proton di negara ini.
EON kemudian berkembang menjadi salah satu pengedar berbilang jenama paling luas di Malaysia. Ia mewakili rangkaian jenama kereta terkenal termasuklah Proton, Mitsubishi, Audi, Volkswagen dan smart EV.
Perniagaan EON turut merangkumi kenderaan komersil iaitu Isuzu, serta perkhidmatan sewaan kereta yang disediakan oleh AVIS, di samping rantaian bekalan dan logistik automotif melalui DRB-HICOM Auto Solutions (DHAS).
Berdiri sebagai pengedar berbilang jenama, EON menawarkan bukan sahaja kualiti dan kepelbagaian, malah perkhidmatan atas talian yang semuanya tersedia dengan mudah di bawah satu bumbung.
Menjelang akhir tahun 2023, EON mengumumkan promosi istimewa akhir tahun, bermula November hingga Disember 2023.
Bagi model menjadi kegemaran ramai iaitu Proton X50, EON menawarkan penjimatan sehingga RM7,800.

Penjimatan ini termasuk power tailgate percuma (bernilai RM3,000) dan security tint film percuma (bernilai RM1,800). Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menerima diskaun tunai sebanyak RM3,000 apabila mendaftar Proton X50 Anniversary bermula 1 November hingga 31 Disember 2023.
Untuk model Triton AT Premium, EON ada memberi rebat sebanyak RM9,000 dan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan.

Kepada anda yang ingin mendapatkan model Volkswagen, ini adalah masa terbaik kerana ia hadir dengan promosi luar biasa.
Anda boleh mendapat penjimatan sehingga RM23,000 termasuklah 7 tahun penyelenggaraan percuma, jaminan perbatuan tanpa had 5 tahun dan 5 tahun bantuan tepi jalan.

Tak cukup dengan itu, sebarang pendaftaran kereta Volkswagen daripada Volkswagen Seremban yang dibuat sepanjang tempoh kempen, pelanggan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi Kempen Cabutan Bertuah Akhir Tahun.
Antara hadiah yang ditawarkan ialah iPhone 15 (128gb) untuk hadiah utama. Manakala pemenang di tempat kedua dan ketiga masing-masing bakal membawa pulang hadiah berupa Habib 999.9 Gold Bar 2.5g dan Trapo Dashcam T550.

Bukan itu sahaja, semua pelanggan Audi yang menerima penyerahan kereta mereka dalam tempoh ini berpeluang untuk menang dalam cabutan bertuah.
Hadiah ditawarkan kepada pelanggan Audi adalah percutian selama 3 hari 2 malam ke Langkawi untuk dua orang.
Untuk makluman, hadiah ini termasuk penginapan, tambang penerbangan pergi dan balik.
Dengan pelbagai promosi hebat yang ditawarkan oleh EON sempena hujung tahun 2023, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan kenderaan baharu dengan nilai tambah dan penjimatan luar biasa.
Anda kini boleh menempah kereta pelbagai jenama baharu dalam talian dengan melayari laman web www.eon.com.my atau daftar minat di sini https://eonberhad.com/Promo untuk maklumat lanjut.
Tertakluk terma dan syarat.
- BACA: PUSAT 3S EON SMART GLENMARIE RASMI DIBUKA
- BACA: BELI MOTOSIKAL ELEKTRIK DENGAN AEON, PEMBIAYAAN SEHINGGA 84 BULAN
- BACA: EON DAN PETROMIN BAKAL TAWAR PERKHIDMATAN SERVIS KERETA PANTAS MULAI JAN 2023
- BACA: BANK MUAMALAT TAWAR SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN BERPERINGKAT. EKSKLUSIF UNTUK KERETA PROTON DAN MITSUBISHI EDARAN EON SAHAJA