INI SEBAB KENAPA BONET KERETA MENGGELEMBUNG
Suhu panas melampau di China menjejaskan bukan sahaja manusia tetapi mesin apabila bonet sebuah kereta ‘membuncit’ seperti wanita sedang hamil, lapor portal berita Daily Tribune semalam.
Rakaman video menunjukkan bonet menggelembung itu tular di platform media sosial dengan sesetengah netizen menamakan kenderaan tersebut sebagai ‘kereta hamil’.
Sesetengah pengguna lain di platform X mendakwa bahawa kesan sedemikian hanya kelihatan pada kenderaan buatan tempatan.
“Bukan gurauan! Kereta buatan China hamil apabila terlalu panas,” tulis seorang wartawan China, Jennifer Zeng di platform X.
Klip video itu menunjukkan beberapa kereta diletakkan di tempat terbuka.
Ia juga menunjukkan ada kenderaan termasuk buatan negara asing yang mengalami masalah serupa.
Masalah itu berlaku apabila gas dan udara pada pelekat yang melindungi cat dan menyeliputi badan kenderaan terperangkap lalu mengembang.
Ia membentuk ‘buih-buih’ yang tidak enak dipandang selain menjadikan kereta tersebut kelihatan ‘hamil’.
Terdapat netizen yang mempersoalkan kualiti penggunaan ‘cat’ berkualiti rendah yang kemungkinan besar mengembang di bawah suhu panas melampau. – Kosmo
- BACA: GARA-GARA TERTIDUR, PELANCONG PANIK GAGAL KELUAR DARI KERETA, HABIS BATERI
- BACA: VOLVO XC90 – PENYELAMAT VOLVO SEWAKTU BADAI MELANDA
- BACA: NISSAN TERUS BERINOVASI MELALUI SISTEM PEMANDUAN e-POWER – BAKAL LANCAR MODEL BAHARU SUKU KEEMPAT 2024
- BACA: KYMCO DEDAH PROTOTAIP SKUTER ADVENTURE CV-R5 DI CHINA – ENJIN 427CC, 40.2NM