Stail

INTO THE STORM

Filem: Into The Storm
Genre: Thriller/drama/aksi bencana alam
Pengarah: Steve Quale
Pelakon: Richard Armitage,  Sarah Wayne Callies, Matt Walsh, Max Deacon, Alycia Debnam Carey.
Bintang: ***

Into-the-storm-mekanika (8)

NASKHAH tentang aksi kemusnahan alam sememangnya sering menjadi tarikan audiens. Gunung berapi, tsunami, gempa bumi, angin puting beliung, banjir besar – namakan apa sahaja entiti kemusnahan alam yang belum pernah dipaparkan di layar perak oleh kilang produksi filem terbesar di dunia, Hollywood.

Betapa filem genre sebegini penting berada di pasaran sehinggakan pada tahun 1997, Hollywood pernah menerbitkan dua buah yang menampilkan entiti aksi bencana alam tentang kemusnahan oleh muntahan lava gunung berapi – masing-masing yang diberi judul, Dante’s Peak dan Volcano.

Into-the-storm-mekanika (7)

Namun, sepanjang sejarah penghasilan filem tentang aksi bencana alam, kemuncaknya sudah dicapai menerusi filem 2012 yang ditayangkan pada tahun 2009. Filem tersebut memaparkan kesemua bencana alam yang bergabung memusnahkan muka bumi dan  seluruh hidupannya. Justeru, apa lagi aksi bencana alam  yang mahu ditampilkan Hollywood yang mampu mengatasi aura filem 2012?

Itu belum dibandingkan dengan filem tentang aksi bencana alam paling realistik dan menggerunkan pernah diterbitkan pada tahun 2004, The Day After Tommorow. Tanpa diduga, terkini muncul naskhah Into The Storm yang memfokus tentang aksi bencana angin puting beliung.

Into-the-storm-mekanika (9)

Nasib malang naskhah kitar semula terbaharu ini sudah tentu akan dibandingkan dengan  filem-filem tentang aksi bencana puting beliung yang muncul sebelumnya? Harus tahu pada tahun 2006, muncul dua buah filem tentang aksi bencana tersebut, Tornado dan Twister.

Dirakam di Detroit, Into The Storm mengisahkan tentang bandar kecil Silverton yang tiba-tiba diserang puting beliung. Gambaran yang ditunjukkan tentang puting beliung yang dipaparkan sememangnya menggerunkan terutama puting beliung yang disambar api. Namun itu sahaja emosi yang berjaya dimanipulasi naskhah ini.

Into-the-storm-mekanika (6)

Tidak seperti Twister yang berjaya mengimbangi aksi puting beliung dan aksi emosi ketakutan yang dialami manusia impak mala petaka alam itu, naskhah ini sebaliknya terasa kurang lengkap.

Jika Twister memaparkan sesuatu yang cukup menyakinkan dan seronok serta suspens untuk diikuti iaitu tentang sekumpulan individu ‘gila’ yang mengejar puting beliung untuk mengkajinya, namun Into The Storm sebaliknya menampilkan sekumpulan individu yang sekadar mahu merakam filem tentang putting beliung.

Into-the-storm-mekanika (3)

Cuba menambah rencah realiti tetapi sebaliknya menjengkelkan. Sekali gus menjadikan naskhah ini sesuatu yang kurang serius dan dipandang remeh adalah apabila ia  turut memaparkan tentang sekumpulan individu yang mengejar puting beliung , juga untuk dirakam tetapi bagi di muat naik ke dalam YouTube.

Elemen drama yang ditampilkan Into The Storm tentang seorang guru yang terperangkap di tengah  zon  serangan puting beliung bersama dua anak lelakinya serta penduduk Silverton yang lain agak hambar impaknya kerana terlalu klise. Tiada apa yang baru dan mengejutkan ditampilkan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button