Buletin

IRONMAN RESTO-MOD BMW 3.0 CS TAHUN 1974. MEMANG PADU!

Dalam dunia resto-mod, firma SpeedKore yang berpangkalan di Milwaukee, Wisconsin Amerika Syarikat memang cukup terkenal.

Ia banyak melakukan proses restorasi jentera muscle Amerika seperti Dodge Demon dan Dodge Charger dengan enjin berkuasa 1,500hp. 

SpeedKore biasanya melakukan resto-mod melibatkan jentera Amerika, tetapi apabila pelakon terkenal, Rober Downey Jr. meminta mereka merestorasi sebuah BMW 3.0 CS buatan tahun 1974, ia nyata tidak keberatan. 

Menjadikan BMW E9 Coupe sebagai asas, SpeedKore menggunakan gentian karbon untuk membina komponen-komponen seperti air dam hadapan, rocker molding dan bampar belakang. Sementara komponen lain tidak diubah dan menggunakan material besi. 

Kereta klasik itu dicat dengan warna merah bata dan dipasang grl kidney original BMW. Bingkai cermin pula menerima kemasan berwarna kelabu titanium. Rim tempaan HRE menyerlahkan lagi penampilan BMW tersebut. 

Ruang kabin memang sangat cantik dengan gabungan kemasan kulit berwarna coklat dan kelabu. Stereng Nardi dan papan pemuka diserlahkan dengan kemasan kayu kelabu yang kelihatan begitu eksklusif. 

Jentera tersebut dikuasakan oleh enjin 3.6 liter yang pernah digunakan pada model E34 M5. Enjin dengan sistem pancitan bahan api itu mampu menjana kuasa sehingga 311hp dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan ZF dan pacuan roda belakang. 

Apa pun, Ironman memang ada taste (dan duit).  

GALERI

Google ads
Back to top button