
JAECOO 5 EV MENDARAT DI THAILAND – DUA VARIAN, JARAK GERAK 400KM, HARGA BERMULA RM72K
Pasaran kenderaan elektrik (EV) di Thailand semakin meriah dengan kehadiran JAECOO 5 EV, sebuah SUV elektrik sepenuhnya yang diimport terus dari China (CBU).
Model ini ditawarkan dalam dua varian utama, Dynamic dan Max dengan harga pengenalan masing-masing 549,000 baht (RM72,300) dan 599,000 baht (RM79,000).
Harga istimewa ini diberikan melalui potongan sebanyak 80,000 baht (RM10,500) untuk 1,000 unit pertama sehingga 30 September 2025.
Secara asalnya, varian Dynamic dijual pada 629,000 baht (RM82,900), manakala Max pada 679,000 baht (RM89,400).

Setiap pembelian JAECOO 5 EV hadir dengan pelbagai tawaran menarik termasuk:
- Waranti kenderaan: 8 tahun / 200,000km
- Waranti motor elektrik & bateri voltan tinggi: 8 tahun / 160,000km
- Bantuan kecemasan 24 jam selama 5 tahun
- Insurans kenderaan kelas pertama percuma setahun
- Kadar faedah serendah 1.78%
- Pengecas rumah dengan pemasangan percuma
- Karpet JAECOO, pengecas AC mudah alih, kabel pengecas dan aplikasi T-BOX percuma selama setahun
SUV kompak ini berukuran 4,380mm panjang, 1,860mm lebar dan 1,650mm tinggi dengan jarak roda 2,620mm. Ruang kargo belakang menawarkan 480 liter yang boleh diperluaskan sehingga 1,284 liter apabila kerusi belakang dilipat, selain ruang frunk depan 35 liter.

JAECOO 5 EV dipacu motor elektrik tunggal berkuasa 211hp dengan tork maksimum 288Nm, digandingkan dengan bateri 58.9kWh dan sistem pacuan roda hadapan (FWD).
- Pecutan 0–100km/j: 7.7 saat
- Kelajuan maksimum: 175km/j
- Jarak gerak: 461km (NEDC) / 400km (WLTP)
- Pengecasan AC: sehingga 11kW
- Pengecasan DC: sehingga 80kW
Varian & Kelengkapan
Dynamic – Lengkap dengan rim aloi 18-inci, suspensi depan McPherson Strut & Multi-Link belakang, lampu utama LED, paparan digital 10.25-inci, skrin tengah 9-inci dengan sokongan Apple CarPlay / Android Auto tanpa wayar, pengecas telefon tanpa wayar 50W, enam beg udara serta pelbagai sistem keselamatan aktif (ABS, ESP, TCS, HDC, HAC, TPMS).
Max – Menambah kemewahan seperti bumbung kaca panoramik, pintu but elektrik, pencahayaan ambien 64 warna, kerusi elektrik dengan fungsi ventilasi, skrin tengah 12.3-inci, sistem bunyi 6 pembesar suara, serta ciri keselamatan termaju termasuk AEB, ACC, LDW, LCA, BSM, RCTA dan kamera 360 darjah dengan paparan bawah 540°.

Lima warna luaran ditawarkan: Carbon Black, Cloudy Grey, Snowy White, Bahamas Blue dan Light Sea Green.
Bahagian kabin pula hadir dalam dua pilihan: Light Grey atau Hitam.
Dengan harga kompetitif bermula 549,000 baht (RM72,300), ciri keselamatan menyeluruh dan kelengkapan moden, JAECOO 5 EV bakal menjadi pilihan menarik dalam segmen SUV elektrik kompak, menyaingi model seperti BYD Atto 3, Omoda C5 EV, GAC Aion Y Plus, MG S5 EV dan Neta X.
GALERI:
























- BACA: MITSUBISHI BAWA CABARAN IKONIK “RED PEAK” KE KUCHING 23 DAN 24 OGOS INI
- BACA: KILANG EV PROTON HAMPIR SIAP, PENGELUARAN BERMULA BULAN DEPAN
- BACA: LELAKI FLORIDA TUKAR BELI FERRARI F40 DENGAN INEOS GRENADIER – TUKAR BELI PALING RARE
- BACA: RINGBROTHERS OCTAVIA, PROJEK UBAH SUAI ASTON MARTIN DBS, 5.0L V8 FORD PERFORMANCE 805 HP!







