JAGUAR F-PACE 2022. VARIAN R-DYNAMIC, 250PS, BERMULA RM598K
Jaguar Land Rover Malaysia baru-baru ini melancarkan Jaguar F-PACE 2022 yang menggabungkan kemewahan moden dan prestasi cemerlang.
Jentera itu ditawarkan pada harga bermula RM598,800 (tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans). Hadir dalam satu varian R-Dynamic, SUV tersebut dijana oleh enjin Ingenium bersesaran 2.0 liter berkuasa 250PS dan tork 365Nm.
Rangkaian kuasa itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa 7.3 saat sahaja.
SUV berprestasi tinggi itu diberi wajah baru dengan garis bonet yang lebih menyerlah. Empat lampu depan LED yang 10mm lebih nipis menjadikan F-PACE kelihatan lebih maskulin, tidak kira sama ada siang atau malam.
Di bahagian belakang, pintu but membuatkannya nampak lebih lebar bersama rekaan bampar rendah. Lampu belakang menggunakan LED sepenuhnya dengan kanta terukir yang mengambil inspirasi daripada model EV I-PACE.
Ruang kabin pula menggabungkan aspek rekaan yang berorientasikan kepada pemandu. Menggunakan tona cerah, ruang itu kini kelihatan lebih luas. Tempat duduk yang boleh dilipat dengan konfigurasi 40:20:40 dibalut kulit mewah.
Jaguar F-PACE dilengkapi skrin sentuh HD kaca melengkung bersaiz 11.4 inci yang dikuasakan oleh sistem infohibur Pivi Pro baharu. Struktur menu lebih ringkas, intuitif dan mudah digunakan.
Ia juga boleh disambungkan dengan fungsi Apple CarPlay atau Android Auto tanpa wayar. Jadi, anda boleh meletakkan telefon pintar di atas pad pengecasan bagi memastikan bateri tidak habis.
Jika berminat, Jaguar F-PACE sudah dibuka untuk tempahan.
- BACA: JAGUAR RARE E-TYPE 1965 TERSADAI PERNAH DILELONG RM229,372. KALAU RESTORE BOLEH CECAH RM800K
- BACA: APA KAITAN MAZDA RX-7 FD DENGAN JAGUAR E-TYPE
- BACA: JAGUAR XK150 S DROPHEAD COUPE REMUK DIJUAL PADA HARGA RM 525,986!!!
- BACA: ITC AMERIKA SIASAT VW. DIDAKWA LANGGAR PATEN TEKNOLOGI TERRAIN RESPONSE MILIK JAGUAR LAND ROVER
GALERI