Buletin

JAMBATAN RUNTUH, TRAK BAWA JENTERA BERAT TERJUNAM DALAM GAUNG DI HIMALAYA

Ramai sebenarnya yang fobia apabila melalui jambatan dan video ini mungkin boleh menjadi jawapan jelas kenapa mereka berrasa sedemikian.

Insiden sebuah trak yang membawa jentera berat dan jatuh ke dalam gaung apabila jambatan itu runtuh berlaku di negeri Uttarakhand, selatan India, tidak jauh dari sempadan China.

Media tempatan melaporkan tiada kematian, tetapi dua orang yang berada di dalam trak tersebut cedera parah.

Terletak di kawasan pedalaman Himalaya dan mempunyai populasi penduduk yang sedikit, penduduk tempatan bagaimanapun tampil memberi bantuan.

Klip video itu bermula dengan trak berkenaan bergerak perlahan melalui jambatan. Ia kelihatan sedikit bergoyang kerana terpaksa menampung beban yang berat. Nampak tiada masalah pada mulanya, tetapi bahagian jambatan itu tiba-tba runtuh.

Ini menyebabkan trak malang tersebut terus jatuh ke dalam gaung dan bahagian tengah jambatan turut runtuh.

Tidak dapat dipastikan berapa jauh trak itu jatuh, tetapi jika dilihat pada video, jaraknya mungkin sekitar 30 kaki. Sebatang sungai berarus deras juga dapat dilihat dengan jelas.  

Trak tersebut membawa jentera untuk projek pembinaan jalan sejauh 65km yang menyambungkan sebuah bandar kecil Milam dengan bandar lain berhampiran sempadan China.

Tags
Google ads
Back to top button