" "
Artikel PilihanBuletin

JETOUR ZONGHENG, SUV ULTRA MEWAH DENGAN 1572 KUASA KUDA

Jetour iait salah satu subsidiari Chery telah melancarkan satu lagi SUV ultra mewah dinamakan Jetour Zongheng, dengan unit pertama akan dihantar ke pelanggan pada suku ke 3 tahun 2025. Model ini akan diikuti dengan model yang lebih menarik seperti trak pikap Zongheng F700 dan juga SUV G900 yang menjana 1572 kuasa kuda

Jetour yang baru dilancarkan pada tahun 2018 menumpukan pada penghasilan SUV off road dengan rekaan yang kukuh dan tegap. Bagi model Zongheng ia akan ditawarkan dalam 2 varian samaada PHEV (dengan sistem hibrid parallel) dan juga Range Extender (EREV)

Bagi sistem PHEV CDM-O, ia menggabungkan enjin 2000cc turbo petrol yang menjana 208 kuasa kuda dengan motor elektrik pada gandar belakang yang menjana sehingga 402 kuasa kuda. Sistem ini akan menggunakan transmisi Dedicated Hybrid Transmission 2 kelajuan khusus untuk PHEV

Bagi sistem Range Extender, ia akan menggunakan enjin 2000cc menjana 208 kuasa kuda bagi mengecaj bateri untuk menjana kuasa bagi 4 motor elektrik. Secara keseluruhan, gabungan 4 motor elektrik ini berupaya menjana sehingga 1572 kuasa kuda

Kedua-dua sistem di atas menggunakan rekaan sistem elektrik 800 volt dengan keupayaan mengecas 6C, iaitu 6 kali lebih berkuasa berbanding kuasa bateri. Bagi sisitem DCFC, bateri boleh dicaj dari 20% ke 80% dalam masa 6 minit

Bagi SUV Jetour Zongheng G700, ia adalah SUV yang dibina dengan menggunakan cesi ladder frame dengan panjang keseluruhan mencapai 5.1 meter. Jarak kelegaan permukaan jalan boleh diubah dari 150mm menjadi 350mm dengan bantuan air suspension

Susunan kusyen pula diletakkan dengan rekaan 2+2+2 dengan skrin lebar digunakan sebagai input untuk sistem kawalan. Sistem keselamatan aktif pula dikawal selia dengan menggunakan Huawei Qiankun Driving Assistance System manakala pembesar suara menawarkan jenama Lexicon

Google ads
Back to top button