
JUALAN AUTOMOTIF MALAYSIA CATAT REKOD 799,731 UNIT, MENINGKAT 11 PERATUS
Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia meningkat ke paras tertinggi sebanyak 799,731 unit pada 2023 berbanding 721,177 unit pada tahun sebelumnya, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Presidennya, Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, kenaikan sebanyak 11 peratus tahun ke tahun itu dipacu terutamanya oleh subsegmen kereta penumpang berikutan ekonomi domestik berdaya tahan serta senario sosiopolitik yang stabil.

Beliau berkata, pertumbuhan itu juga didorong oleh insentif bebas cukai, pelancaran baharu seperti kenderaan elektrik pada harga kompetitif serta persekitaran rantaian bekalan industri yang bertambah baik.
“Pertumbuhan jualan industri yang dicatatkan pada tahun lepas juga merupakan peningkatan tahunan kedua sejak penurunan pada 2020-2021 akibat pandemik Covid-19.
“Ini adalah tahun kedua berturut-turut menyaksikan angka TIV itu melepasi paras 700,000,” kata beliau pada sidang media di sini, pada Selasa. – Sinar Harian
- BACA: PERSAINGAN INDUSTRI KENDERAAN ELEKTRIK DI ASEAN SEMAKIN SENGIT
- BACA: TOKYO AUTO SALON 2024 – ACARA PERMOTORAN TER’BEST’ DI DUNIA
- BACA: GWM MALAYSIA TAWAR REBAT SEHINGGA RM20,000, WALL MOUNT CHARGER PERCUMA
- BACA: TOKYO AUTO SALON KUALA LUMPUR 2024 DIADAKAN PADA NOVEMBER, JANJI PENGALAMAN LEBIH MENARIK