Buletin

JUALAN UMW TOYOTA JAN-JULAI 2022 NAIK 48%. HILUX KEKAL TRAK PIKAP PALING LARIS

Jualan keseluruhan Toyota dan Lexus bermula Januari sehingga Julai 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 48 peratys berbanding tahun sebelumnya dengan 52,548 unit berbanding 35,561 pada tempoh sama tahun lalu.

Sepanjang Julai 2022, Toyota telah mendaftar sebanyak 6,624 unit kenderaan, manakala Lexus mencatat jualan sebanyak 13 unit yang menjadikan angka jualan pada Julai kepada 6,637 unit.

Toyota Hilux kekal menjadi trak pikap terlaris sejak 2005 dengan jualan sebanyak 1,788 unit pada Julai 2022.

Untuk makluman, UMW Toyota Motor akan memberi rebat tunai sebanyak RM4,000 kepada pembeli Yaris dan Vios sepanjang Ogos 2022. UMW Toyota Motor turut menjangkakan peningkatan dari segi jualan apabila rakyat Malaysia memanfaatkan tawaran dan penjimatan untuk menaik taraf kepada kenderaan lebih moden.

Sejajar dengan komitmen Toyota Global untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050 dan seterusnya menyokong inisiatif Toyota Environmental Challenge 2050, UMW Toyota Motor baru-baru ini mengadakan dua acara iaitu program menanam pokok di Taman Alam Kuala Selangor dan acara Mendaki dan Bersih di Bukit Broga, Semenyih.

Google ads
"
"
Back to top button