Motosikal

KENAL TAK SUPER CUB 110 PRO? KAMI BARU KENAL

Di Jepun nampaknya ada pelbagai motosikal unik yang jarang ditonjolkan.  Dunia tahu tentang Honda Super Cub C125 kerana ia adalah kapcai global.

Selain Super Cub C125 ada lagi kapcai unik yang kami temui dan tertanya-tanya kenapa tidak dijual di pasaran tempatan?

Honda Cub asalnya digunakan untuk peniaga dan tradisi itu masih diteruskan sehingga kini.

Terbaru kami temui Honda Super Cub 110 Pro. Kapcai ini unik dengan bakul di depan, rak di belakang manakala saiz roda kecil berbanding Super Cub biasa.

Kesemua ini bukan aksesori tambahan tetapi kelengkapan standard untuk kapcai tersebut.

Dari bacaan yang dibuat, Super Cub 110 Pro lebih kepada motosikal niaga contohnya menghantar surat khabar.

Di Jepun, ada dua jenis iaitu Super Cub 50 Pro dan 110 Pro.

Honda Super Cub 110 standard

Model 50 Pro menggunakan enjin AA04E 49 cc manakala 110 Pro dibekalkan enjin JA10E 109 cc dan kedua-duanya dengan empat kelajuan.

Enjin kecil, kuasa pun kecil. 50 Pro berkuasa 3.7 PS pada 7,500 rpm dan tork 3.8 Nm pada 5,500 rpm.

110 Pro pula berkuasa 8.0 PS pada 7,500 rpm dan tork 8.5 Nm pada 5,500 rpm.

Honda Super Cub 110 standard

Sistem bahan api kedua-dua model cekap dengan kawalan elektronik PGM-FI. Kapasiti tangki minyak ialah 4.3 liter.

Dari segi reka bentuk, selain bakul dan rak, Super Cub mempunyai mud guard nipis dan fork ala motocross.

Handle togel tanpa penutup dan tempat lampu utama diganti dengan lampu posisi. Lampu utama dibawa ke depan bakul dan ditemani lampu isyarat pada kiri dan kanan.

Honda Super Cub 110 standard

Satu lagi keunikan dan perbezaan ketara ialah saiz tayar 14 inci yang digunakan. Tayar kecil itu katanya lebih mudah untuk kerja dan pengendalian.

Di Jepun, Honda Super Cub 50 Pro dijual pada harga 258,500 yen (RM10,389) manakala Super Cub 110 Pro berharga 302,500 yen (RM12,157).

Kami terbayang jika model seperti ini djual di pasaran tempatan dan digunakan sebagai motosikal penghantaran. Menarik kan?

Kredit foto: Honda

Google ads
Back to top button