
KENAPA BUTANG FIZIKAL DALAM KERETA PERLU DIKEMBALIKAN?
Volkswagen mengakui kesilapan mereka dalam menghasilkan rekaan papan pemuka yang terlalu minimastik, tapi sebenarnya minimal dan kedekut adalah sangat susah untuk dibezakan. Kebanyakan pemilik Volkswagen bersungut yang rekaan skrin sesentuh yang digunakan oleh kebanyakan model terbarunya adalah merepek
Salah satu benda yang paling merepek yang dialami oleh penulis ialah anda perlu menggunakan skrin sesentuh di papan pemuka untuk memasukkan gear dari kedudukan P ke N. Oh ya kalau skrin tersebut risak atau sistem operasi skrin telah “crash” anda ada butang gear kecemasan di atas berhampiran cermin pandang belakang
Tombol fizikal lampu membelok dan tombol pengelap cermin digantikan butang suis biasa. Malah anda perlu menggunakan skrin sesentuh untuk menetap ketinggian dan kedudukan stering. Sesetengah kereta moden juga memerlukan anda menggunakan skrin untuk menetap penyaman udara
Jika anda menggunakan butang fizikal, anda hanya memerlukan satu langkah sahaja untuk menetapkan penyaman udara anda. Sekarang anda perlu masuk dalam skrin, tekan ciri penyaman udara, dan masukkan dalam tetapan untuk menyesuaikan penyaman udara mengikut kehendak anda.
Kalau kereta sedang berhenti, ia langsung tiada masalah pada pemandu. Tapi cuba anda bayangkan kalau anda cuba menetapkan penyaman udara pada kelajuan 160km/jam. Sebarang gangguan pada pemandu yang sibuk menekan skrin ketika memandu pada kelajuan tinggi adalah satu perbuatan bahaya.
Tapi yang paling kelakarnya ialah setiap kali anda menghidupkan kenderaan, sistem multimedia pada skrin yang mengawal semua perkara di dalam kereta akan memaparkan amaran berbunyi “Awas, sila berikan perhatian penuh pada pemanduan. Menggunakan skrin semasa memandu adalah bahaya”.
Dude…
Ini memang kelakar sebab bukan pembeli yang meminta semua suis fizikal dijadikan suiz digital dan “ditanam” di dalam skrin yang sukar untuk dicari. Penyataan di atas hanyalah alat untuk pengeluar “berlepas tanggungjawab” sekiranya berlaku kemalangan. Buktinya anda kena menekan butang “agree/setuju” utuk menggunakan semua sistem ini.
Satu ketika dulu Honda pernah menggunakan sistem skrin sesentuh untuk penyaman udara pada model City GM6. Sistem ini dikritik kerana gagal memberikan reaksi atau tindakbalas selepas ditekan. Jadi pada model GN2, sistem ini digantikan dengan suis rotari fizikal yang memberikan anda “sense” atau rasa yang arahan kepada sistem telah diterima
Kalau anda tekan sesuatu butang, ia menghasilkan bunyi “klik” dan dirasai oleh deria jari anda. Ya jari anda dicipta oleh Allah dengan 3000 deria rasa. Jari anda akan memberikan input kepada otak anda yang arahan untuk menetapkan penyaman udara selesai dilakukan, tanpa anda perlu melihat dan mengalihkan mata dari jalan raya
Keadaan ini mewujudkan satu fenomena yang disebut sebagai “muscle memory”, dimana tindakan anda untuk melakukan sesuatu tidak lagi perlu diproses oleh otak. Semuanya dikawal oleh deria dan juga otot tubuh manusia. Anda nak masuk simpang, terus anda tekan tombol signal tanpa perlu berfikir.
Anda nak tukar gear manual, anda tukar tanpa fikir dengan pergerakan kaki menekan klac dan tangan menukar gear secara serentak dan harmoni. “Don’t think, just do” ini ayat yang digunakan oleh Kapten Pete Maverick ketika menerbangkan jet pejuang, menunjukkan juruterbang tiada masa berfikir dan menerbangkan pesawat dalam situasi tempur dengan “muscle memory” dan juga latihan.
Kalau anda pernah melihat stering jentera F1, anda akan melihat yang stering ini penuh dengan butang fizikal bagi memudahkan pelumba beraksi. Mereka tiada masa untuk membelek skrin sesentuh dan semua ciri jentera F1 dikawal dengan butang. Pemandu ini telah dilatih dengan
Owh ya paling kelakar apabila sistem sesentuh skrin ini cuba menghasilkan tindakbalas kepada pemandu dengan menghasilkan bunyi dan juga getaran sama seperti skrin telefon anda. Tapi apa yang dirasai oleh jari anda agak palsu. Mereka gagal menghasilkan rasa dan kualiti butang fizikal, yang telah dikekalkan oleh Mazda
Ya Mazda adalah antara jenama konvensional yang memberikan masa dan tenaga mereka dalam menghasilkan butang fizikal yang paling sedap apabila ditekan atau dioperasikan. Jadi apabila Euro NCAP mewajibkan semua kenderaan baru wajib menggunakan butang fizikal untuk ciri-ciri tertentu mulai tahun 2026, ia adalah satu langkah yang bagus
European New Car Assessment Programme (Euro NCAP) meletakkan syarat pengeluar kenderaan wajib menggunakan butang fizikal pada lampu signal, lampu isyarat kecemasan, pengelap cermin, hon dan juga butang panggilan kecemasan (SOS).
Antara sebab utama ialah Euro NCAP ialah mengurangkan pergerakan mata dari atas jalan dan mengekalkan fokus pemandu kepada keadaan sekeliling dan mengurangkan kebarangkalian berlakunya kemalangan jalanya. Jika gagal, pengeluar akan berdepan dengan pengurangan markah pada keputusan ujian kemalangan
Ia mungkin jauh lagi daripada apa yang penulis mahu, tapi polisi ini adalah permulaan untuk menghentikan proses kegilaan “mendigitalkan” semua butang fizikal untuk ditanam pada skrin sesentuh.