
KENAPA TENTERA UDARA MASIH GUNAKAKAN KAPAL TERBANG DENGAN KIPAS? KAN SLOW TUE..
Kapal terbang tentera yang berkuasa jet sebenarnya telah mula digunakan oleh tentera Jerman pada penghujung perang dunia kedua. Namun dengan bilangan yang sedikit serta teknologi enjin jet pada masa tersebut masih belum matang sepenuhnya, teknologi jet ini gagal mengubah kekalahan tentera Jerman dalam perang
Jet pejuang mula digunakan secara meluas sewaktu perang saudara Korea, berlangsung antara tahun 1950 ke 1953 menyaksikan pihak komunis melalui Russia dan China menggunakan MiG 15 melawan tentera PBB yang turut menggunakan jet pejuang F80C dan F86 Sabre pada ketika ini.
Enjin jet dalam sejarah penerbangan merupakan satu batu loncatan yang penting, dengan kekuatan enjin yang meningkat pesawat boleh membawa lebih banyak beban, bom, terbang lebih pantas, lebih tinggi, dan kadar pendakian lebih pantas. Malah enjin jet juga digunakan secara meluas bagi pesawat penerbangan awal biasa.
Namun jika anda perasan masih ada pesawat tentera yang menggunakan kipas atau propeller bagi kegunaan pertahanan walaupun pesawat dengan enjin jet menjadi semakin maju. Sebagai contoh TUDM mengoperasikan pesawat Airbus A400M Atlas, C130 Hercules, Beechcraft Super King Air, dan bakal menerima 2 unit pesawat peronda maritim ATR72 yang dikuasakan dengan propeller.
Walapun di atas kertas, pesawat dengan enjin jet adalah lebih baik namun pesawat dengan propeller masih ada kelebihan yang tersendiri yang tiada pada pesawat enjin jet. Yang pertama pesawat proller menggunakan bahan api yang lebih menjimatkan, sekaligus membolehkannya terbang lebih jauh
Kebanyakan pesawat tentera yang menggunakan propeller adalah pesawat pengangkut atau ISR (pengumpulan data, pemantauan dan risikan) terbang lebih rendah dan perlahan bagi membenarkan mereka memantau musuh dengan lebih lama pada altitud yang rendah.
Malah pesawat dengan propeller hanya memerlukan landasan yang pendek, menawarkan daya tujahan yang lebih baik serta berupaya membawa beban yang tinggi ketika berlepas (kuasa enjin yang tinggi pada kelajuan yang rendah). Enjin yang digunakan oleh sistem proppeller juga adalah lebih tahan lasak dan tidak serumit enjin jet, memudahkan jurutera membaiki kerosakan di medan perang
Keadaan ini juga menjadikan enjin propeller adalah lebih tahan lasak dan memiliki keboleharapan yang lebih baik berbanding dengan enjin jet. Namun apa yang lebih penting ialah pesawat dengan enjin propeller adalah jauh lebih murah berbanding dengan pesawat yang dipasang dengan enjin jet