Pandu Uji

KEUNIKAN FILEM TINGKAP KENDERAAN KONICA MINOLTA ICE-μ

Dengan cuaca panas terik sepanjang tahun, pemasangan filem pada cermin seakan-akan sudah menjadi satu aksesori wajib untuk pemilik kenderaan Malaysia.

SONY DSC

Selari dengan perkembangan teknologi, filem kini bukan sekadar boleh menangkis impak negatif sinar UV dan mengurangkan kepanasan kabin kenderaan, malah bertindak sebagai ‘lapisan’ yang mampu memberi perlindungan tambahan kepada pengguna, sekiranya cermin pecah akibat kemalangan atau perbuatan jenayah.

Menyedari permintaan yang tidak pernah surut itu, maka tidak hairanlah jika pasaran aftermarket dipenuhi oleh pelbagai jenama filem tingkap tersebut. Tidak kurang juga pengeluar kereta yang memasukkannya sebagai salah satu pakej pembelian bagi menarik pelanggan.

SONY DSC

Persoalannya, dengan pilihan yang begitu banyak, bagaimana pengguna yang sentiasa sibuk dapat memilih filem tingkap automotif yang benar-benar berkualiti dan memuaskan hati?

Sebabnya, jalan mudah yang biasa kita ambil untuk merungkai permasalahan itu adalah dengan bertanya kawan yang sudah membuat tinted filem. Kedua, percaya hampir 100 peratus kepada kata-kata pemasang filem tingkap di kedai aksesori. Akhir sekali, mungkin beli sahaja filem yang harganya sedap didengar. Dalam erti kata lain, lagi murah, lagi bagus.

SONY DSC

“Kualiti filem tingkap bukan dinilai dari segi keupayaannya menangkis cahaya matahari sahaja (biasanya lebih gelap). Tetapi pengguna harus tahu bahawa filem yang bagus perlu mampu menyerap dan membias cahaya dengan baik. Kalau gelap sahaja, tetapi kabin kereta tetap panas, tiada gunanya,” kata jurucakap, Jasa Sarjana Sdn. Bhd. (Jasa Sarjana).

Inilah bezanya aplikasi teknologi nano yang ada pada filem Konica Minolta ICE-μ. Ia berupaya menyerap dan meminimumkan kemasukan haba ke dalam kereta. Melalui komposisi pembiasan, ia dapat membiaskan haba dengan lebih pantas dan mengurangkan tahap infra merah sehingga 97 peratus.    

SONY DSC

Keupayaan itu dapat ditawarkan kerana Konica Minolta memiliki pengalaman dari aspek R&D selama lebih 100 tahun. Ia telah berjaya mengalihkan teknologi sedia ada (filem kamera dan sebagainya yang berkaitan dengan haba) kepada filem tingkap automotif.

Untuk makluman, Jasa Sarjana merupakan pengedar rasmi filem automotif jenama Konica Minolta dari Jepun. Konica Minolta? Ya, anda tidak salah baca. Konica Minolta sudah menawarkan filem untuk kenderaan dan kediaman sejak November 2013 lagi kepada pengguna di Malaysia.

SONY DSC

Baru-baru ini, saya sempat menjengah ke premisnya di Glenmarie, Shah Alam. Biarpun tidak terlalu besar, namun ia lengkap dengan peralatan khas untuk menguji keupayaan filem kenderaan buatan jenama yang lebih terkenal dengan produk seperti filem kamera dan mesin fotostat itu.

Proses pemasangan filem kenderaan ini mengambil masa sekitar dua hingga tiga jam. Bergantung kepada saiz dan adakah tingkap kereta yang ingin dipasang itu sudah pun mempunyai filem atau sebaliknya.

SONY DSC

Biar apa pun kesnya, anda tidak perlu bimbang kerana filem itu dipasang oleh para pekerja yang berpengalaman luas, minimum lima atau enam tahun dalam industri ini. Selepas diukur, filem tinted keselamatan berkod RT70 itu dipotong dengan kemas dan berhati-hati.

“Kami yakin dengan masa depan filem automotif Konica Minolta ICE-μ. Ini kerana ia mempunyai jenama yang kukuh dan sudah berada di Malaysia lebih 25 tahun. Malah, baru-baru ini Konica Minolta telah melabur sebanyak RM860 juta untuk membina sebuah kilang baharu di Melaka untuk menghasilkan pencetak dan katrij.

SONY DSC

“Buat masa sekarang, kami merancang untuk menstabilkan jenama ini dengan menawarkan rangkaian filem automotif yang lebih luas kepada pengguna,” tambah beliau lagi.

Apa yang pasti, walaupun filem Konica Minolta ICE-μ ditawarkan pada harga yang agak premium (di antara RM2,000 kepada lebih RM3,000 untuk sebuah kereta), kualitinya memang selari dengan wang yang anda belanjakan. 

SONY DSC

Setakat ini, maklum balas daripada pelanggan cukup memberangsangkan. Pada peringkat awal, memang ada pelanggan yang mempertikaikan tentang harganya. Tetapi sekarang, ramai yang datang ke kedai dan boleh terima harga tersebut.

Pelanggan sudah mulai sedar bahawa walaupun jenama Konica Minolta cukup besar, mereka tahu harga yang ditawarkan oleh Jasa Sarjana tidak merepek. Jasa Sarjana juga jujur dengan harga kerana pelanggan sekarang sudah bijak menilai.

SONY DSC

Bak kata orang putih, “U pay peanuts, u get monkeys.”

Oh, ya! Sempena musim perayaan ini, Jasa Sarjana menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk pakej penuh (tertakluk kepada terma dan syarat) sehingga 31 Ogos 2015. Maklumat lanjut, sila hubungi talian: 03–5569 2230. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button