Buletin

KIA EV6 TERIMA 21,000 TEMPAHAN DALAM MASA 24 JAM!!!

Dalam tempoh 24 jam, model terbaharu Kia EV6 menerima sebanyak 21,000 tempahan di pasaran Korea Selatan.

Ia hampir menyamai rekod sambutan diterima Hyundai Ioniq 5 yang mendapat 23,760 tempahan dalam masa 24 jam pertama di Korea Selatan.

Bagaimanapun, Kia tidak mendedahkan angka rasmi tempahan diterima di Eropah tetapi pengeluar kenderaan berkenaan mengambil masa satu minggu untuk mendapatkan angka 236,000 tempahan untuk model Ioniq 5.

Untuk pasaran Eropah, Kia EV6 bakal ditawarkan dalam tiga varian iaitu varian asas, varian GT-Line dan varian premium GT.

Para pelanggan di Eropah boleh membuat tempahan dengan meletak deposit sebanyak €100 (RM486.83) dan dijangka akan menerima jentera itu pada bulan September. – carscoops

Google ads
Back to top button