KIA, HYUNDAI BUANG HARGA BAGI MODEL EV DI KOREA SELATAN
Hyundai dan Kia baru-baru ini mengumumkan bakal mengurangkan harga bagi kenderaan elektrik di Korea Selatan hasil daripada subsidi diberikan kerajaan di seluruh negara.
Kedua-dua pemotongan harga Kia serta Hyundai akan berkuat kuasa pada bulan Oktober dan berlangsung sehingga akhir 2023.
Hyundai mengesahkan bahawa harga Ioniq 5, Ioniq 6, dan Kona EV semuanya akan jatuh di seluruh Korea Selatan.
Bagi Ioniq 5, ia bakal menerima potongan sebanyak 8 peratus, atau AS$34,100 (RM160,423) sementara penduduk Seoul dapat membelinya dengan harga kira-kira AS$29,500 (RM138,782), mengambil kira subsidi tempatan.
Selain itu, Kia telah mengesahkan potongan harga untuk EV6, Niro EV serta Niro Plus.
Ketua Institut Teknologi Konvergensi Automotif Jeonbuk, Lee Hang-Koo, berkata bahawa pemotongan harga boleh menyebabkan perang harga yang berterusan di seluruh industri kereta Korea Selatan.
“Perang harga dijangka meningkat tahun depan di Korea kerana pembuat kereta asing mungkin mengeluarkan model baharu,” kata Lee.
Kerajaan Korea berharap subsidi ditawarkan boleh membantu untuk mendapatkan semula jualan kenderaan elektrik di negara itu.
Untuk rekod, sebanyak 67,654 EV telah dijual di seluruh negara dalam tempoh lapan bulan pertama 2023, turun berbanding 71,744 unit yang dijual dalam tempoh sama tahun lepas.
Di Seoul, kerajaan bersedia memberikan subsidi untuk 13,688 EV tahun ini tetapi setakat ini, ia hanya memberi subsidi kepada 5,522 kenderaan.
- BACA: CHINA EKSPORT LEBIH 900,000 KENDERAAN KE KOREA SELATAN – HYUNDAI, KIA TERCIDUK
- BACA: KENDERAAN ELEKTRIK HYUNDAI-KIA AKAN DIPASANG BATERI BAHARU, TAWAR JARAK PEMANDUAN 1000KM
- BACA: ADA KERETA HYUNDAI/KIA TAHUN 2011-2019? ANDA MUNGKIN BOLEH DAPAT ENJIN PERCUMA
- BACA: HYUNDAI DAN KIA TERPAKSA SEDIAKAN PERUNTUKAN RM9.4 BILION, SELESAIKAN MASALAH ENJIN THETA GDI