
KIA SALES THAILAND DILANCARKAN. SASAR CAPAI 5% PERKONGSIAN PASARAN, 50% JUALAN EV MENJELANG TAHUN 2028
Kia Corporation secara rasmi mengumumkan kemasukan strategik ke pasaran Thailand dan menawarkan model terbaik kepada pengguna di negara tersebut. Langkah itu membuktikan komitmen Kia untuk meluaskan kewujudan jenamanya di Asia Pasifik.
Penubuhan syarikat Kia Thailand Co., Ltd. menjadi langkah penting dalam strategi pertumbuhan global Kia.
“Pelan S Kia global dibina di atas tiga asas utama iaitu Planet, People dan Profit. Ia meletakkan kami sebagai “Penyedia Penyelesaian Mobiliti Mapan” yang selari dengan falsafah korporat untuk menjadi peneraju dalam industri automotif masa depan,” kata Presiden Kia Sales (Thailand) Company Limited, Jun Oh Lee.

Pelancaran Kia Sales di Thailand bermatlamat untuk mempercepatkan transformasi jenama dan membangunkan prestasi perniagaan jangka panjang menerusi strategi “Plan S-5” untuk tempoh 2024 hingga 2028.
Ia merangkumi empat sasaran iaitu mencapai 5% perkongsian pasaran kenderaan penumpang, memperoleh nisbah jualan 50% EV, berada di dalam senarai top 5 untuk kesedaran jenama dan mengembangkan rangkaian pengedar di Thailand sebanyak 5 kali ganda.
Pada tahun 2023, Kia Sales Thailand mempunyai 19 pengedar dan pusat servis yang telah diluluskan. Peningkatan jualan akan disokong oleh 10 lagi pengedar baharu pada tahun 2024.

Syarikat itu juga telah mengubah sepenuhnya syrategi selepas jualan demi memenuhi ekspektasi pelanggan di Thailand dengan memperkenalkan program jaminan selama 7 tahun untuk semua model baharu yang diperkenalkan bermula Mac 2024
Standard jaminan baharu itu disempurnakan lagi dengan jaminan bateri selama lapan tahun (untuk semua EV) dan bantuan tepi jalan selama tujuh tahun.
Kia Sales Thailand mahu menjadi jenama pintar premium dengan menawarkan pengalaman pelanggan terbaik. Syarikat juga komited untuk menawarkan model-model elektrik SUV dan MPV terkini kepada rakyat Thailand.
- BACA: DASAR EV BAHARU KOREA SELATAN MEMIHAK HYUNDAI, KIA – BERI TEKANAN KEPADA BYD, TESLA
- BACA: KIA CARNIVAL 2024 CKD TIBA DALAM TIGA VARIAN, JANA 199HP, HARGA BERMULA RM198K
- BACA: JUALAN MENURUN, HYUNDAI DAN KIA MAHU TAWAR EV HARGA BAWAH RM100K TAHUN DEPAN
- BACA: KENDERAAN TENTERA MILIK KIA. CERITA BOHONG KE BENAR NI?
GALERI










