Pandu Uji

KUALITI SEBENAR FILEM AUTOMOTIF KONICA MINOLTA ICE-μ

Kini, sudah hampir tiga bulan cermin kereta saya dipasang dengan filem automotif KONICA MINOLTA ICE-μ.

konica-minolta-tinted-film-mekanika (15)

Sepanjang tempoh itu, saya memang berpuas hati dengan kualiti pemasangan dan perlindungan yang diberikan oleh filem tersebut.

Sebagaimana yang kita tahu, terdapat begitu banyak jenama dan gred kualiti filem tingkap (untuk automotif) yang boleh anda pasang pada kenderaan. Bergantung kepada kecenderungan jenama dan bajet, anda sebenarnya mempunyai banyak pilihan.

konica-minolta-tinted-film-mekanika xtra (1)

Cuma satu nasihat saya. Jangan mudah tertipu dengan kata-kata manis jurujual di kedai-kedai aksesori kereta. Walaupun bukan semua, tetapi banyak juga kedai yang tidak jujur dan menjual filem berkualiti rendah, dengan menggunakan jenama terkenal.

Murah memang murah. Tetapi belum sampai setahun, gelembung udara boleh dilihat dengan jelas pada cermin kereta. Bukan sahaja kabin kereta yang panas, hati pun boleh jadi panas melihat keadaan begitu.

konica-minolta-tinted-film-mekanika (22)

Jika anda ada bajet dan mahukan filem automotif berkualiti tinggi, KONICA MINOLTA ICE-μ perlu ada dalam senarai. Sebabnya mudah, filem ini dihasilkan oleh syarikat yang mempunyai kepakaran penghasilan filem selama lebih 100 tahun.

Jadi, sudah pasti segala teknologi digunakan untuk menawarkan kualiti terbaik kepada para pelanggannya. Bukan itu sahaja, ia dipasang oleh pemasang yang mempunyai pengalaman luas dalam industri ini.

konica-minolta-tinted-film-mekanika (9)

Sebagaimana yang boleh anda lihat pada kereta saya ini, warnanya yang tidak gelap seperti filem keselamatan yang lain. Kadang-kala saya sendiri terlupa bahawa semua cermin itu sudah pun dilekatkan dengan filem tingkap KONICA MINOLTA ICE-μ.

Apabila ada kawan yang bertanya adakah saya sudah memasang filem tingkap pada kereta dan mereka kurang percaya dengan jawapan yang diberikan, saya hanya perlu menunjukkan pelekat kecil di bahagian bawah cermin tersebut.

konica-minolta-tinted-film-mekanika (7)

Warna filem yang cerah ini memang ada faedahnya, terutama pada waktu malam. Sebagai contoh, saya tidak perlu menurunkan cermin untuk melihat kedudukan kereta ketika hendak masuk ke ruang parkir.

Lebih penting lagi, ia mematuhi piawaian JPJ dan polis. Jadi, kemungkinan untuk saya disaman kerana kereta bercermin gelap memang tidak ada.

konica-minolta-tinted-film-mekanika (10)

Walaupun cerah, tahap kepanasan kabin tetap dapat dikurangkan. Saya tidak kata tidak panas langsung kalau kereta diparkir di tengah panas selama berjam-jam, tetapi memang terasa kurangnya. Kabin juga lebih cepat sejuk berbanding sebelum ini.

Filem KONICA MINOLTA ICE-μ dapat menawarkan dua faedah iaitu cerah dan tidak panas kerana ia memiliki lapisan multi nano dieletrik reflektif bersama beberapa ciri-ciri termaju.

konica-minolta-tinted-film-mekanika (11)

Memandangkan filem ini tidak menggunakan material bukan metalik, maka penggunaan filem KONICA MINOLTA ICE-μ tidak akan menjejaskan isyarat elektronik. Maksudnya, anda boleh menggunakan Smart Tag, alat navigasi GPS dan telefon bimbit seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

Memang betul, saya tidak pernah mengalami masalah ‘tersangkut’ di laluan Smart Tag. Sementara alat navigasi utama saya, (telefon bimbit dengan aplikasi Waze) juga tidak pernah mengecewakan.

konica-minolta-tinted-film-mekanika (14)

Mendengar cerita mereka yang penah berdepan masalah kereta kena pecah memang menggerunkan. Lebih menyakitkan hati, insiden begitu bukan sahaja berlaku ketika kereta diparkir. Malah kereta dipecahkan ketika berada di lampu isyarat juga bukan lagi perkara asing.

Jujur saya katakan, sejak kereta ini dipasang dengan filem KONICA MINOLTA ICE-μ kebimbangan itu sedikit sebanyak telah hilang. Ini Cheap Windows 10 Product Key kerana ia cukup kuat untuk mengelak daripada cermin dipecahkan. Secara tidak langsung meningkatkan tahap keselamatan kenderaan dan barang-brang di dalamnya.

konica-minolta-tinted-film-mekanika (15)

Ketenangan minda sebegini yang harus para pengguna ambil kira sebelum membuat keputusan memasang filem automotif pada kereta masing-masing.

Jika berminat untuk mencuba produk ini, anda boleh mendapatkan filem KONICA MINOLTA ICE-μ daripada pengedar tunggalnya, Jasa Sarjana. Ibu pejabat Jasa Sarjana terletak di Glenmarie, Shah Alam. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi 03-5569 2230.

Google ads
Back to top button