Buletin

LAMBORGHINI BEKERJASAMA DENGAN PRODUSER MUZIK. HASILKAN SENARAI MAIN DI SPOTIFY – ENGINE SONGS:V12

Demi mendekatkan lagi hubungan dengan pelanggan dan peminat, Lamborghini telah bekerjasama dengan produser muzik, Alex Trecarichi untuk mengeluarkan senarai main di Spotify.

Pembuat kereta itu mengeluarkan tiga senarai main untuk dipadankan dengan setiap enjin. Lamborghini menyatakan usaha tersebut dibuat demi menawarkan satu pengalaman pemanduan yang paling lengkap serta merasai emotif dalam setiap deruman enjin.

Bagi mencapai keseimbangan dan keharmonian itu, kerjasama jurutera bunyi Lamborghini bersama Alex Treacarichi adalah sangat penting. Dia menggunakan ‘fourier transform’, formula matematik yang menguraikan fungsi kepada komponen frekuensi untuk menganalisis enjin Lamborghini.

“Prosedur ini membolehkan saya mencari frekuensi asas enjin bertepatan dengan tiga fasa tepat ekspresifnya: pencucuhan (melahu), kelajuan 4,000rpm dan pada kuasa maksimum,” kata Trecarichi. Untuk enjin V12, frekuensinya ialah 92.50 Hz pada melahu, 98 Hz pada 4,000rpm, 103.83 Hz pada 8,000rpm.

Antara lagu yang dipadankan dengan frekuensi tersebut pada senarai main Spotify Engine Songs: V12 ialah daripada RICH MORE, Kiasmos, NTO, SUDO dan CatzClaw.

Kesemua lagu tersebut dipilih dengan terperinci bagi memastikan ia sesuai dipadankan dengan karakter enjin Lamborghini. Menurut jurutera bunyi Lamborghini Mautone, salah satu aspek yang diperhatikan ialah kekasaran bunyi enjin di mana ia adalah gema logam mentah. Ia mengandungi psikoakustik, tindak balas kimia serta emosi terhadap gelombang bunyi.

Senarai main lain khusus untuk V10 daripada Huracan dan V8 turbo berkembar pada Urus juga akan dikeluarkan nanti. Buat masa ini, peminat boleh menikmati tujuh senarai main lain yang berkaitan dengan produk Lamborghini di pelbagai platform.

Google ads
Back to top button