" "
Artikel Pilihan

LELAKI INI MENCUBA NAIKI BAS SEJAUH 3000 KM DARI MEDAN KE JEMBER

Di negara jiran Indonesa, pengangkutan bas adalah nadi utama ke masyarat di sana untuk bergerak. Selain daripada faktor akses, harga juga merupakan faktor utama mengapa ianya kekal menjadi pilihan. Seorang YouTuber pengangkutan yang popular di Indonesia, Nugroho Febianto telah mencuba bagaimana rasanya rakyat marhaen Indonesia untuk menaiki bas dengan jarak perjalanan terjauh dari Medan ke Jember.

  • Bas dinaiki adalah daripada Perusahaan Otobus (PO) Antar Lintas Sumatera (ALS) yang merupakan pengendali bas terbesar dari Sumatera Utara.
  • Medan – Jember ini adalah laluan terjauh yang dilalui oleh bas ALS ini. Medan yang berada di utara Sumatera manakala Jember adalah kota Jawa Timur. Sikit lagi dah boleh sampai ke Bali. Jarak tempuh sebegini diibaratkan dari Myanmar ke Singapura jauhnya. Jauh bukan? Sudahlah bas yang dinaiki merupakan bas biasa (walau pun tarifnya adalah Bukan Ekonomi kerana mempunyai pendingin hawa tapi kondisi dalaman bas tak ubah serupa dengan bas Park May di tempat kita suatu ketika dahulu.
  • Harga yang dikenakan adalah Rp.745,000 (RM217). Nampak macam mahal, tapi itulah yang paling murah jika dibandingkan dengan harga tiket kapal terbang yang boleh mencecah sehingga Rp. 2 juta (RM584).
  • Lebih separuh masa perjalanan dihabiskan dengan mengharungi laluan di Sumatera berhari – hari lamanya. Mana kala baki 900++ km adalah ketika melintasi Pulau Jawa. Jarak perjalanan turut meliputi menaiki kapal roro ketika melintasi Selat Sunda
  • Setiap bas ALS ini kebiasaannya akan membawa sehingga dua atau tiga orang pemandu serta dua orang krew bas untuk membantu sepanjang perjalanan.
  • Ciri khas bas ALS ini adalah kerana mereka ini cukup terkenal dengan membawa muatan tambahan di atas bumbung bas yang dikirimkan oleh penumpang sepanjang perjalanan. Bukan setakat penumpang sahaja, malah muatan kiriman juga boleh ditumpang sepanjang perjalanan jika ada dan masih boleh selit. Kutipan tiket tambahan untuk penumpang serta muatan ini adalah sebagai wang tambahan buat kesemua krew bas bagi menampung kos diesel serta tambang kapal.
  • Benar, sistem operasi bas di sana sedikit unik dan berbeza. Selagi boleh sumbat, sumbat. Dapatlah untung lebih sikit. Biasanya soal keselesaan ini mereka boleh bertolak ansur.
  • Tahukah bahawa diesel (Indonesia menyebutnya solar) adalah perkara yang cukup langka (terhad) di Sumatera. Beratur panjang untuk mengisi diesel (solar) adalah lumrah. Bas yang dinaiki ini sempat mengalami kehabisan diesel di Provinsi Lampung. Terpaksalah pemandunya mendapatkan diesel dengan bantuan warga setempat menaiki motorsikal.
  • Ketika melepasi Pelabuhan Merak di Pulau Jawa, bas ALS ini sempat mengalami masalah klac. Mujur juga krew bas yang dipilih adalah seorang mekanik. Siap bawa plat klac gantian lagi untuk ditukar di tepi lebuhraya. Yang ajaibnya, tidak ada seorang pun penumpang yang merungut berhenti berjam lamanya. Maklumlah, mereka dah biasa hidup susah. Setakat menunggu lama begitu apa ada hal.
  • Setelah menempuh perjalanan sehingga 6 hari lamanya, lelaki ini pun tiba di kota Jember. Dan bas yang sama terus sahaja berpatah balik semula ke Medan tanpa ada rehat. Penat dan letih sudah semestinya. Namun itulah harga yang harus dibayar untuk sampai ke destinasi dengan harga yang murah.
  • Dan disebabkan faktor kebersamaan lamanya penumpang dan krew di atas bas, wujud suatu istilah yang popular dikalangan mereka. Naik sebagai penumpang. Turun sebagai saudara.

Kredit Foto : Tangkap Layar YouTube Nugroho Febianto

BACA : KAPAL PANCAR MAS II – SATU – SATUNYA PENGANGKUTAN BAS AIR YANG MASIH WUJUD DI BANJARMASIN

BACA : MOLEK – PENGANGKUTAN UNIK EKSTREM YANG MASIH WUJUD DI INDONESIA

Google ads

B K

Back to top button