Buletin

LOTUS EMIRA FIRST EDITION 2022 KINI DI MALAYSIA. BERMULA RM1.13 JUTA!

Lotus Cars Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi model kereta sports Lotus Emira 2022 ke pasaran Malaysia.

Menjadi model terakhir menggunakan enjin pembakaran dalaman, Emira hadir varian tunggal First Edition.

Jentera yang menjanjikan pemanduan sangat mengujakan itu ditawarkan pada harga bermula RM1,131,800.00 untuk Semenanjung Malaysia. Tetapi, jika anda tinggal di Langkawi, harganya hanya bermula RM456,900.

Menurut Lotus Cars Malaysia, pihaknya sudah menerima 45 tempahan untuk Emira. Penghantaran pertama dijangka bermula pada Jun atau Julai depan.

Harus tahu bahawa harga itu tidak termasuk insurans, kos atas jalan dan pilihan-pilhan ekstra. Model tersebut dihasilkan di kilang Lotus di Hethel, England.

Lotus Emira didatangkan dengan enjin V6 3.5 liter yang mampu menjana 400hp dan tork 420Nm. Pilihan kotak gear pula terdiri daripada transmisi manual enam kelajuan, atau automatik enam kelajuan dengan kos tambahan sekitar RM15,000.

Gabungan itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa cuma 4.3 saat dengan kelajuan maksimum 290 km/j.

Selain enjin V6, Emira turut hadir dalam enjin 2.0 liter M139 AMG berkuasa 360hp dan tork 430Nm yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan. Tetapi, jika anda memilih enjin ini, tempoh menunggunya akan menjadi lebih lama.

Lotus Emira 2022 yang menggantikan model Elise, Exige dan Evora itu didatangkan dalam beberapa pilihan warna iaitu kuning, kelabu, biru dan merah. Pelanggan juga boleh memilih rim bersaiz 20 inci berjejari V dengan tiga kemasan berbeza.

Kereta sports itu dibangunkan di atas platform aluminium Lotus Sports Car Architecture atau dikenali sebaga Elemental. Pelanggan diberi pilihan dua talaan chasis tanpa kos tambahan.

Pakej Tour dilengkapi suspensi touring yag dipasang dengan tayar Goodyear Eagle F1. Manakala talaan Sports pula hadir dengan suspensi sporty bersama tayar Michelin Sport Cup 2.

Bukan itu sahajan anda boleh memilih di antara tiga pakej iaitu Lotus Drivers Pack, Convenience Pack dan Lotus Design Pack.

Tampil ringkas, ruang kabin jentera itu menggunakan material premium. Ini termasuklah pada alas kaki, kemasan kulit Nappa, Alcantara, headliner Alcantara, jaring untuk meletak barang, tempat duduk boleh laras 12 cara dengan fungsi memori. Manakala untuk versi manual sahaja, ia dilengkapi mekanisme kotak gear terbuka.

Sistem infohibur pula terdiri daripada skrin bersaiz 10.25 inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto. di samping paparan kluster meter 12.3 inci. Kereta sports itu menggunakan sistem audio premium KEF 340 W dengan 10 saluran bunyi termasuk tiga unit pembesar suara Uni-Q dan subwoofer.

Dari segi sistem keselamatan, Emira  dipasang denganciri kawalan jelajah adaptif, sistem anti-pelanggaran, amaran tumpuan pemandu, informasi papan tanda, had kelajuan, amaran keluar lorong, amaran lintasan trafik belakang serta bantuan penukaran lorong.

GALERI

Google ads
Back to top button