Buletin

MALAYSIA BERSEDIA TAWAR INSENTIF CUKAI UNTUK PEMBANGUNAN EV – MARii

Malaysia bersedia menawarkan insentif cukai yang baik untuk mempercepatkan pembangunan kenderaan elektrik (EV) di negara ini dalam polisi EV yang akan diumumkan di bawah Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii) Datuk Madani Sahari berkata, kerajaan telah menyiapkan dasar yang tepat untuk memacu pertumbuhan industri EV dalam negara.

“Ketika ini, kami menerapkan insentif yang disesuaikan bergantung pada keuntungan pemain industri dan mengikut keperluan mereka. Di bawah dasar dipercepat EV baru, ada sesetengah insentif tetap yang akan dikawal oleh kerajaan. Insentif tetap tersebut merangkumi duti eksais, duti import dan cukai jualan, yang akan dinikmati pengguna EV dan pemain industri.

“Jika syarikat OEM memperkenalkan pada Malaysia satu teknologi baru yang luar biasa, kami bersedia mempertimbangkan tahap insentif yang lebih tinggi dan yang akan disesuaikan tepat dengan tahap teknologi yang anda bawa ke negara ini,” katanya semasa webinar sesi dengan Jawatankuasa Sektor Automotif EUROCHAM Malaysia mengenai “Permulaan Baru untuk EV Di Malaysia” hari ini.

Sekiranya terdapat pengeluar peralatan (OEM) yang berhasrat untuk membuat pelaburan besar di Malaysia, Datuk Madani mengatakan mereka dapat menikmati polisi insentif tetap yang ada untuk semua orang dan insentif khas lain yang akan mereka nikmati khusus untuk pemain OEM

“Dari segi insentif cukai (untuk pembeli), polisi akhir pemilikan EV sedang diperhalusi dan kami sedang menilai untuk memperbanyakkan insentif untuk pengguna agar mereka dapat menikmati faedah yang bagus ketika mereka membeli EV,” katanya. Pengguna EV akan menikmati faedah dari segi insentif langsung sama ada dalam bentuk cukai jalan, keutamaan parkir untuk EV, pemasangan stesen mengecaj dan juga potongan harga untuk tol

Datuk Madani berharap polisi ini akan dibentangkan pada kabinet kerajaan menjelang bulan Jun 2021 untuk persetujuan agar pengumumannya dapat dibuat pada bulan Julai. “Polisi EV yang baru ini akan meliputi kenderaan penumpang, skuter, motosikal serta kenderaan perdagangan. Ia juga akan memberi kelebihan pada pihak pembekal OEM, syarikat automotif yang menghasilkan EV serta syarikat penghantaran yang menggunakan EV”

Dasar baru EV yang bakal diperkenalkan ini akan menarik lebih ramai pengguna EV samaada dari sektor awam dan swasta serta menarik lebih banyak pelaburan baru yang akan dibuat di Malaysia dalam industri pembangunan kenderaan berkuasa elektrik

Sumber berita – The Edge Market, 19 May 2021

Google ads
Back to top button