Buletin

MASALAH YAMAHA Y15ZR – BODY PATAH!

Masalah ini berlaku pada model Yamaha Sniper (Y15ZR) di pasaran Filipina. Sejak beberapa bulan lepas dilaporkan telah banyak kejadian kerangka motosikal ini retak. Dalam kes yang lebih teruk, badan motosikal patah kepada dua bahagian.

Ia bukan sebab kemalangan, namun dipercayai disebabkan kualiti bahan dan juga kimpalan terhadap kerangka motosikal di pasaran sana.

Yamaha Y15ZR direkabentuk menggunakan kaedah kerangka diamond frame yang mencantumkan dua bahagian segitiga bersama yang menampilkan tiub sambungan besi antara kedua seksyen badan.

Ia adalah kaedah lazim bagi pebuatan motosikal underbone.

Beberapa laman web di Filipina mula memaparkan masalah yang begitu kerap terjadi akhir-akhir ini dan memberi pesanan kepada pemilik Yamaha Sniper supaya memeriksa kerangka motosikal masing-masing.

Seperti yang dapat dilihat dalam foto ini, bahagian yang retak adalah di bahagian sambungan antara tiub utama dengan kerangka belakang. Hampir kesemua kejadian yang direkodkan menunjukkan berlakunya kelemahan di bahagian ini.

Jika dilihat secara kasar, kelihatan seperti kelemahan atau kecacatan pada kimpalan. Samada sudut yang salah atau imbangan yang tidak betul. Sehingga kenyataan dikeluarkan secara rasmi, setakat ini kita hanya boleh membuat spekulasi.

Selain kelemahan di bahagian kimpalan. foto di bawah ini pula menunjukkan sesuatu yang lebih serius.

Kelihatannya seperti tiub kerangka ini retak terus di bahagian yang tidak menerima kimpalan.

Ini adalah bahagian yang menerima beban terus dari bahagian belakang dan hadapan motosikal.

BAGAIMANA DENGAN PASARAN MALAYSIA?

Kami sudah memeriksa, belum ada kejadian yang direkodkan setakat ini. Namun, jika anda menghadapi masalah yang sama, adalah dinasihatkan segera melaporkan kepada pihak pengeluar iaitu Hong leong Yamaha Malaysia.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button