Buletin

MAZDA CX-30 FACELIFT 2022. APPLE CARPLAY/ANDROID AUTO, KAMERA 360, BERMULA RM146K

Selain Mazda3 dan CX-3, Bermaz Motor turut melancarkan model facelift untuk crossover kompaknya, Mazda CX-30.

Terkenal kerana reka bentuk menarik dan menjadi finalis World Car of the Year 2020, CX-30 dilihat sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup aktif.

CX-30 kini hadir dalam dua varian Ignite Edition dengan pilihan pacuan 2WD dan 4WD untuk memberi lebih pilihan kepada pengguna. Ia dilengkapi perumah cermin sisi dan rim aloi bersaiz 18 inci berwarna hitam.

Antara penambahbaikan lain yang diberi ialah ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, skrin sentuh bersaiz lapan inci dan kamera paparan 360 darjah.

CX-30 mengekalkan ciri keselamatan Mazda i-Activsense untuk dua varian teratas yang merangkumi Front Cross Traffic Alert (FCTA), Driver Attention Alert (DAA) dengan Driver Monitoring dan Cruising & Traffic Support (CTS).

Model yang didatangkan dalam bentuk CBU dari Jepun itu turut ditawarkan dalam warna merah, kelabu, putih mutiara, hitam, biru dan Platinum Quartz.

CX-30 boleh anda miliki pada harga bermula RM145,759. Ia juga hadir dengan jaminan dan penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

GALERI

Google ads
Back to top button