Modifikasi

MAZDA GENERASI BG

Tanpa sebab yang jelas, kereta Mazda generasi BG tiba-tiba ‘terpadam’ dalam kamus modifikasi kereta tempatan. Saya pun tidak pasti sebab apa. Tetapi kalau di Kuala Lumpur, hendak jumpa BG macam ini merupakan benda terakhir yang boleh anda harapkan. Terserempak sebulan sekali pun belum tentu. Seingat saya, sejak empat hingga lima tahun lepas, kereta ini langsung susah nak jumpa. Mazda Astina, Lantis pun sama. Pokoknya, Mazda generasi 1990-an yang kalau jumpa pun mungkin FD3S RX7. 

Kereta ini tak bagus?

1.8 liter dengan kuasa 180hp-210hp, jurutera kereta moden pun belum tentu boleh buat enjin semaju ini. Era 1990-an, jelas begitu banyak rangkaian enjin berdaya saing yang tidak lagi dibuat pada hari ni. Mazda pada era gabungan Ford dahulu sangat mementingkan pasaran domestik Jepun. Kejuruteraan kereta zaman itu memang betul-betul cukup sifat sebagai sebuah kereta. Kereta prestasi tinggi dia orang pun murah je, adoyai.

DSC_9229

Sejak penjenamaan zoom zoom, Mazda seolah-olah lupa dengan model Familia mereka. Nasib baik juga ada majalah-majalah modofikasi seperti KERETA. Kalau biasa baca Motortrader dan Asian Auto, memang tak akan jumpa kisah BG ini. Hendak cari kereta ini pun bukan main jauh kena cari sampai nak dekat sempadan Siam baru jumpa. Jadi, tak malulah saya nak cakap bahawa ini antara BG paling cantik yang saya pernah jumpa. Perfect dari segenap segi.

Pemiliknya bernama Nik Mohd Khairul Mohd Nawi. Seorang jejaka tak berapa muda yang dah guna kereta ini katanya lebih sepuluh tahun. Apa macam? Saya punya firasat, dia mesti seorang yang kipas susah mati (die hard fan) Mazda sebenar. Bukanlah lalang ditiup angin seperti editor yang kejap Mazda, kejap Evo, kejap Honda, kejap Hyundai dam sekarang dengar-dengar nak beli Ranger pulak.

Untuk berada pada tahap ini, jiwa mesti kental. Alat ganti kereta macam ini bukan boleh main order sahaja kat kedai. Hendak cari pun kena tahu kaum mana yang patut ditanya. Inilah kelebihannya apabila main kereta yang sama dalam jangka waktu lama. Jadi anda boleh agak mana yang akan rosak dan siap-siap dengan alat gantinya dulu. Ingat pasal saya cerita kisah cari driveshaft BF dulu? Sampai jual kereta lah kawan saya tu sekarang sebab tertekan.

DSC_9249

Kereta ini masa mula-mula dapat dulu ialah versi 1.6 pekak yang dipandu dengan bangganya oleh Nik Mohd Khairul untuk beberapa tahun. Tidak lama lepas tu, dia pun mulalah gatal-gatal tangan tukar enjin. Masa beli dulu, enjin ini tak rare langsung. BPD B8 berkuasa 210hp ini sebenarnya sangatlah maju dalam kategorinya. Setakat Evo 1-3 dulu pun susah cari makan jugalah. Enjin ini tidaklah begitu lasak macam SR20DET, tetapi nak mengubahsuainya agak senang. Cuit sana-sini sikit, aik? Dah laju.

Bahagian dalaman enjin dipasangkan dengan piston SR20DET berdiameter 86mm. Turut dipasangkan ialah injap blow-off HKS SSQV, penapis udara HKS, paip-paip stainless steel, wastegate Mines dan intercooler EVO 9 pada bampar depan.

Intercooler tu kena suluh dengan lampu suluh baru nampak. Apa yang mengagumkan saya bukan kuasa enjin, tapi kemasan bay warna hijau, rocker ‘frosted’ merah dan bersih sekali. Tak payah wire tuck, enjin masih kelihatan begitu cantik dan menawan. Kalau buat wire tuck lagilah cun agaknya, pada pandangan saya lah.

DSC_9269

Kotak gear BPD itu dimodifikasi menjadi pacuan dua roda sahaja. Kepada generasi Y, K, L yang tak tahu, kereta asal Interplay 210 enjin ni semuanya 4WD macam GSR dan EVO. Opsyen yang selalu diambil ialah kotak gear BPT atau Claire, tetapi ia ada isu reliabiliti dan bukanlah senang nak dapat. Macam kes GSR pakai gearbox Mivec 4G92 senang cakap. Sebelum dipasang, kotak gear ini dilengkapkan dulu dengan pelapik klac Triniti.

Sistem suspensi dikemas dengan jenis boleh laras  GAB, sedang elok untuk bawa otai ini beraksi dengan yakinnya. Brek disalin sepenuhnya daripada Interplay kepada BG. Rim pula ialah SSR Type C 16 inci dengan tayar Advan Neova AD07 bersaiz 205/50/16. Cemerlang!

Bahagian dalaman kereta nampak meriah dengan kehadiran warna merah hitam pada tempat duduk. Itu bukan buat saja-saja. Tempat duduk itu Interplay punya yang kemudian disulam dengan tag Mazdaspeed. Mazdaspeed ini dah bankrap agaknya. Habis tu nak tune kereta apa lagi? Papan pemuka adalah daripada Interplay, stereng dan knob gear M’S serta deretan meter Defi di atasnya. Semasa saya telek kat atas barulah nampak RSM dengan AFC Neo.

DSC_9261

Bahagian luar seperti lazimnya pada BG ialah kit depan B8 210. Belakang pasang spoiler dengan lampu BG UK Spec. Kalau tak silap saya, dulu pernah popular juga kit Australia spec atau AS spec.  Akhir sekali ialah sunroof BG UK Spec.

Dalam banyak-banyak kereta, saya rasa Mazda ini yang tak pernah ada dalam wishlist. Mungkin sebab ia ultra rare dan mungkin juga saya bukan jenis berhati kental. Penutup minyak rosak pun boleh jadi alasan saya tukar kereta. Ini kan pula nak cari alternator lebih dua hari. Nampak? Nampak?

[hr] Spesifikasi

Model: Mazda 323 BG 1.6 SOHC carburetor/ 1992

Enjin: BPD B8 turbo Interplay 210, piston 86mm SR20DET, penapis udara HKS, SSQV, wastegate Mines, intercooler Evo 9 banana manifold, Ekzos HKS.

Transmisi: Kotak gear BPT lock 2WD lima kelajuan manual, klac Triniti

Suspensi: GAB boleh laras

Brek: Depan Lantis V6, belakang B8 210 4WD.

Rim: SSR Type C 16

Tayar: Advan Neova AD07 205/50/16

Dalaman: Tempat duduk Interplay, retrimmed, lining pintu BG UK Spec, stereng M’S, knob M’S, Defi, APEXi NEO, RSM, DVD 2DIN,

Luaran: Sunroof BG UK Specs, Bodypart depan B8 210, belakang BG UK Spec, skirting Interplay,

Warna: Blue pink pearl

[hr] Galeri

DSC_9224DSC_9227DSC_9228DSC_9230DSC_9231DSC_9232DSC_9233DSC_9240DSC_9244DSC_9246DSC_9250DSC_9255DSC_9256DSC_9265DSC_9267DSC_9268

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button