MENANGI DUIT RAYA SEHINGGA RM200 DENGAN TOYOTA PADA MUSIM PERAYAAN INI
UMW Toyota Motor baru-baru ini melancarkan kempen Ramadan Raya dengan tema ‘Bersama Lebih Bermakna’. Ia turut memperkenalkan filem pendek Aidilfitri bertajuk ‘Kota Raya’.
Diilhamkan daripada hubungan kekeluargaan, ‘Kota Raya’ memaparkan suka duka yang dihadapi golongan milenial di kota. Selepas dua tahun tidak dapat meraikan lebaran bersama keluarga pastinya menimbulkan rasa kerinduan. Kali ini ramai yang tidak sabar-sabar untuk meluangkan masa untuk beraya bersama-sama.
Filem pendek ini dibintangi oleh Aedy Ashraf sebagai Aidil, manakala Amerul Affendi pula memainkan watak Fitri. Filem pendek itu turut menampilkan cameo Duta Toyota Gazoo Racing dan Toyota Yaris, Janna Nick sebagai Aqilah.
‘Kota Raya’ boleh ditonton bermula Selasa, 26 April di YouTube dan platform media sosial lain.
“Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini pasti lebih ceria kerana semua orang berpeluang untuk pulang berhari raya di kampung. Kami di Toyota mengalu-alukan kedatangan pelanggan kami ke semua pusat servis untuk menyenggara kereta mereka sebelum pulang ke kampung halaman.
“Perayaan kali ini semestinya disambut bersama keluarga, setelah tidak dapat melakukannya selama dua tahun. Sudah tentu seronok untuk melihat semua orang kembali beraya bersama keluarga,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.
Sempena sambutan ‘Bersama Lebih Bermakna’, semua peminat Toyota dijemput menyertai peraduan ‘Pandu Uji dan Menang Duit Raya’ yang boleh disertai dari sekarang hingga 1 Mei 2022.
Setiap pandu uji yang dilakukan membolehkan pemandu mengambil bahagian dalam peraduan dan memenangi ‘duit raya’ bernilai RM100. Sesi pandu uji yang disusuli oleh tempahan yang berjaya akan melayakkan pemilik Toyota peluang menerima duit raya sebanyak RM200. Seramai 30 pemenang akan dipilih setiap minggu.
Demi membawakan sambutan ‘Bersama Lebih Bermakna’ lebih dekat dengan pelanggan, UMW Toyota Motor menganjurkan acara Hujung Minggu Ramadan di semua pusat pameran dan jualan. Lebih 4,000 pelanggan Toyota menikmati tawaran hebat, di samping pelbagai ganjaran nilai tambah lain.