Buletin

MERCEDES AKAN MENUTUP TEMPAHAN UNTUK G500 4X4²

Bakal pelanggan yang ingin mendapatkan model baru Mercedes-Benz G500 4×4² diminta bertindak segera kerana dalam sedikit masa lagi tempahan untuk mendapatkannya bakal ditutup. Bukan itu sahaja, Mercedes juga akan menghentikan terus proses pengeluarannya.

Model terakhir G-Wagens edisi khas G500 4×4² ini menggunakan gandar unik yang sama dengan model AMG G63 6×6 dan Maybach G650 Laundalet. Ini bermakna hab rodanya berada pada kedudukan lebih rendah daripada gandar. Ia memberikan kelebihan kelegaan bumi yang lebih baik iaitu hampir sekaki setengah berbanding menggunakan gandar biasa.

SUV ini juga mempunyai trek yang lebih lebar berbanding model produksi lain (penambahan sebanyak 299mm) dan dilengkapi dengan tayar bersaiz 325/55 R22. Ia juga mempunyai penyerap hentak yang boleh dilaras lengkap dengan mod Sport.

Mercedes mendakwa penumpang G500 ini akan merasa berada di dalam sebuah kereta sports dan bukan kenderaan pacuan empat roda biasa. Macam la selesa sangat naik kereta sport. Tapi pada masa yang sama ia merupakan kenderaan off-road sebenar kerana mempunyai sistem pacuan empat roda sepenuh masa selain mempunyai tiga differential yang boleh dikunci sambil bergerak menjadikannya sebuah jentera 4×4 yang unggul.

G500 4×4² juga tidak menggunakan enjin V8 ataupun V12 yang dihasilkan AMG sebaliknya ia menggunakan enjin standard V8 4.0-liter turbo berkembar yang menghantar 422 hp kuasa ke semua roda yang dilengkapi dengan rim bersaiz 22 inci. Ia juga tidak dilengkapi ciri-ciri tambahan seperti AMG dan Maybach untuk pemandu menikmati pengalaman memandu yang sebenar.

BACA: EDISI TERHAD SEMPENA ULANG TAHUN KE-50 MERCEDES-AMG-50 UNIT, MAAF UNTUK JEPUN SAHAJA

Hasilnya ialah harga yang lebih rendah berbanding AMG G63 6×6 tetapi jangan iangat ia semurah kereta biasa. Di tempat asalnya, Jerman, ia dijual dengan harga €231, 693 euro (bersamaan dengan RM1,154,159.15) termasuk 19 peratus cukai meletakkannya sebagai kenderaan yang mampu kita tengok sahaja. Tapi jangan susah hati sebab hujung bulan ini pengeluarannya akan ditamatkan dan dah tentu kita tak boleh beli kan?

Google ads
Back to top button