Buletin

MERCEDES-BENZ AUTOHAUS SETIA ALAM RASMI DIBUKA. PELABURAN CECAH RM99 JUTA

Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star baru-baru ini melancarkan pusat 3S terbaharu Mercedes-Benz Autohaus baru di Setia Alam, Selangor.

Melibatkan pelaburan mencecah RM99 juta, kemudahan tersebut menawarkan pengalaman yang mewah kepada pelanggan.

Hap Seng Star Setia Alam Autohaus diuruskan oleh 29 kakitangan dengan keluasan tanah hampir 79,000 kaki persegi bersama sebuah bangunan tujuh tingkat.

Bilik pameran berkeluasan lebih 11,526 kaki persegi mampu memuatkan 16 buah kereta pada satu-satu masa. Ia juga mempunyai beberapa kemudahan lain seperti kafe layan diri, bilik permainan kanak-kanak dan bilik solek wanita.

Hap Seng Star turut meningkatkan kapasiti servis mereka di Setia Alam Autohaus dengan ruang lebih 29,549 kaki persegi. Hasilnya, ia boleh melakukan servis 1,500 buah kereta sebulan.

Secara keseluruhannya, Kumpulan Hap Seng sudah melabur sejumlah RM673 juta setakat ini, termasuk pelaburan RM99 juta ke atas Setia Alam Autohaus.

Hap Seng kini mempunyai Autohaus di 10 lokasi di Semenanjung Malaysia. Ini termasuklah Kuala Lumpur, Kinrara, Balakong, Jalan Ipoh, Bukit Tinggi, Setia Alam, Melaka dan Iskandar. Johor di

Di Malaysia Timur pula, Hap Seng memiliki kemudahan di Kuching dan Kota Kinabalu. Kumpulan Hap Seng juga mengendalikan Pusat Terpakai Bertauliah Mercedes-Benz di Kinrara dan pusat Body & Paint sendiri di Shah Alam.

GALERI

Google ads
Back to top button