Buletin

MERCEDES-BENZ GLC 300 e 4MATIC KINI DI MALAYSIA. 320PS/700NM, RM374K. TEMPAHAN SELEPAS 1 JULAI, HARGA JADI RM399K! 

Mercedes-Benz Malaysia hari ini melancarkan GLC 300 e 4MATIC Coupe ke pasaran tempatan.

Model plug-in hybrid itu ditawarkan pada harga RM374,073 sehingga berakhirnya pengecualian cukai SST pada 30 Jun 2022.

GLC 300 e 4MATIC Coupé dikuasakan oleh enjin 2 liter turbo yang dipadankan bersama motor elektrik. Rangkaian kuasa tersebut mampu menjana 320PS dan tork 700Nm. Jentera itu boleh bergerak sejauh 40km dengan kuasa elektrik sepenuhnya.

Bahagian hadapan SUV coupe ini diserlahkan dengan gril radiator bersama kemasan integrated star, corong pengambilan udara. Ia dipasang dengan lampu utama MULTIBEAM LED bersama ciri Adaptive Highbeam Assist.

Penampilannya lebih menarik dengan bodykit AMG Line dan Night Package yang merangkumi rim aloi lima jejari AMG bersaiz 20 inci dan cakera brek lebih besar.

Ruang kabin pula tampil mewah dengan kemasan berwarna gelap dan kulit ARTICO berwarna coklat membaluti tempat duduknya. Ia kemudian dikontraskan dengan kemasan perak pada papan pemuka, corong pendingin hawa dan hendal pintu.

Konsol tengah dihiasi dengan kemasan kayu. Seperti biasa, lampu ambien menjadikan ruang ini semakin elegan.

Pemandu boleh mengawal operasi kenderaan meneruso pad sentuhan pada konsol tengah. Manakala kluster instrumen digital disepadukan bersama skrin infohibur yang dilengkapi sistem Mercedes-Benz User Experience (MBUX).

Dari segi keselamatan, GLC 300 e 4MATIC Coupé didatangkan dengan ciri Active Lane Keeping Assist, Blind Spot Assist, Active Brake Assist, Parking Package (kamera 360), Active Parking Assist dengan PARKTRONIC, URBAN GUARD serta sistem penggera anti-kecurian.

Bagi memudahkan urusan mengecas, GLC 300 e 4MATIC Coupé didatangkan bersama kabel pengecasan. Dikenali sebagai kabel Mode 2, ia boleh disambungkan dengan soket di rumah.

GALERI

Google ads
Back to top button