Buletin

MERCEDES-EQS 450+, EQB 350 4MATIC DAN EQC 400 4MATIC KINI DI MALAYSIA. BERMULA RM330K SAHAJA!

Mercedes-Benz Malaysia mengukuhkan posisinya dalam strategi penawaran jentera elektrik apabila memperkenalkan tiga model daripada sub jenama Mercedes-EQ ke pasaran tempatan.  

Pengguna kini boleh memilih di antara saloon mewah Mercedes-EQS 450+, Mercedes-EQB 350 4MATIC dan EQC 400 4MATIC.  

Mercedes-EQS 450+

EQS merupakan saloon mewah elektrik pertama daripada Mercedes-EQ yang dibangunkan di atas platform seni bina modular.

Sekali pandang, ia nyata berbeza dengan S-Class yang menggunakan enjin konvensional. Ini dapat dilihat pada rekaannya yang aerodinamik (hanya 0.20 pekali seretan) dan siluet seperti sebuah coupe. Sekali gus menjadikannya sebagai kereta produksi paling aerodinamik di dunia.

Tiang A diposisikan jauh ke depan, manakala tiang C menawarkan ruang yang luas untuk penumpang belakang. Overhang hadapan dipendekkan dan bahagian belakang hadir dengan rekaan yang agak bulat.

Jentera berkenaan dipasang dengan rim aloi ringan multi jejari bersaiz 21 inci. Di samping pakej lampu DIGITAL LIGHT bersama ciri Adaptive Highbeam Assist Plus, bumbung panoramik dan gril radiator lebar.

Ruang kabin yang mewah itu diinspirasikan daripada rekaan Electric Art dengan pilihan 64 warna pada lampu ambien. Lampu tersebut disepadukan dengan maklumat pemanduan serta fungsi-fungsi lain.  

Kemasan kayu Anthracite digunakan pada papan pemuka dan konsol tengah. Tempat duduk dibalut oleh kulit Nappa untuk rasa lebih mewah. EQS 450+ didatangkan dengan KEYLESS-GO Comfort Package yang merangkumi ciri HANDS-FREE ACCESS.

Penumpang belakang dihidangkan dengan tablet MBUX bersama pengecasan tanpa wayar. Ciri kawalan suhu automatik THERMOTRONIC dan pintu belakang EASY-PACK turut disediakan.

EQB 350 4MATIC

EQB 350 4MATIC merupakan EV mewah dengan kapasiti tujuh tempat duduk yang pertama ditawarkan di Malaysia.  

SUV berkenaan dilengkapi rim aloi lima jari bersaiz 19 inci, lampu utama LED High Performance dan roof rails.  

Walaupun kelihatan kompak, ruang kabinnya cukup luas dengan kapasiti but maksimum mencecah 1,710 liter. Tempat duduk baris kedua boleh dilaras dengan beberapa konfigurasi mengikut keperluan.

Tempat duduk dibalut dengan kulit ARTICO bersama fabrik Cupertino. Ia juga hadir dengan pakej KEYLESS-GO Comfort, KEYLESS-GO, HANDS-FREE ACCESS, sistem kawalan suhu automatik THERMOTRONIC, lampu ambien dan banyak lagi.

Navigation with Electric Intelligence yang hadir sebagai ciri standard membantu pemandu mendapatkan laluan paling pantas ke destinasi. Pengiraan tersebut dibuat berdasarkan kepada kuasa dan tempoh pengecasan yang diperlukan.

Jentera ini bakal berada di pasaran pada September depan.

EQC 400 4MATIC

Bakal berada di pasaran bermula Oktober depan, EQC 400 4MATIC dipasang dengan pakej AMG Line agar tampil leboh sporty. Ia merangkumi rim AMG bersaiz 20 inci, lampu utama MULTIBEAM LED dan banyak lagi.

Bahagian dalaman menampilkan pakej lampu kabin dan kemasan penampilan aluminium dengan stereng sports multifungsi bersama kemasan kulit nama dan papan pemuka nappa dengan upholsteri hitam.

Menambah keselesaan, EQC 400 4MATIC didatangkan dengan kaca akustik penebat haba dan bunyi, tempat duduk depan boleh laras elektrik dengan fungsi memori dan sokongan lumbar empat pelarasan.

Ia dilengkapi pakej Keselesaan KEYLESS-GO, menampilkan KEYLESS-GO, AKSES BEBAS TANGAN dan pintu belakang EASY-PACK. Ditambah dengan fungsi permulaan KEYLESS GO dan penutup but EASY-PACK.

EQC 400 4MATIC didatangkan standard dengan pendingin hawa thermotronic, lampu kabin, karpet AMG, garisan bumbung fabrik gitam, tirai suria di cermin pintu penumpang belakang, sistem cas wayarles dan sil pintu.

Tidak ketinggalan port cas USB berkembar Type C dan soket 12 volt. SUV elektrik tersebut ditawarkan dengan pakej bantuan pemandua merangkumi Active Distance Assist DISTRONIC, sistem PRE-SAFE dan Active Steering Assist.

Ia turut dilengkapi dengan Adaptive Highbeam Assist Plus dan perlindungan URBAN GUARD yang menampilkan sistem penggera anti-curi dan sistem pemantauan kabin menerusi aplikasi Mercedes. Tidak ketinggalan, kamera 360-darjah dan Active Parking Assist dengan PARKTRONIC.

Aspek keselamatan EQC 400 4MATIC ditingkatkan menerusi ciri-ciri seperti Active Distance Assist DISTRONIC, PRE-SAFE, Active Steering Assist, Adaptive Highbeam Assist Plus, URBAN GUARD dan sebagainya.

GALERI

Google ads
Back to top button