
MIKROFON KARAOKE TESLAMIC SOLD-OUT DALAM MASA BEBERAPA JAM DI CHINA
Mikrofon untuk sistem karaoke di dalam kereta buatan Tesla yang dikenali sebagai TeslMic habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja selepas ia dilancarkan di China.
Peranti berharga AS$188 (RM787) sepasang itu hanya dijual di pasaran China buat masa sekarang. Ia merupakan aksesori tambahan sempena naik taraf yang dilakukan oleh Tesla ke atas kenderaan elektriknya di negara tersebut bersama aplikasi karaoke Leishi KTV.
Lagu dan video karaoke dimuat turun ke dalam perisian kenderaan yang membolehkan pemandu dan penumpang menyanyi di dalam kereta, tetapi hanya ketika ia berhenti.
Tesla bukanlah pengeluar kenderaan pertama yang menawarkan ciri karaoke di China. Sebelum ini, sudah ada beberapa pengeluar EV tempatan menaik taraf perisian serta perkakasan sistem karaoke dalam jentera mereka.
Tesla menawarkan “Caraoke” sebagai sebahagian daripada naik taraf perisian pada tahun 2019. Ia membolehkan pemandu dan penumpang di seluruh dunia berhibur ketika berada di atas jalan raya menerusi rangkaian arkib muzik dalam pelbagai bahasa.
Pelanggan yang tidak sempat membeli TeslaMic perlu menunggu sehingga akhir bulan ini.
Tesla dilihat mula memanfaatkan statusnya sebagai jenama gaya hidup dengan menjual pelbagai produk seperti Tequila dan seluar pendek satin.
- BACA: PANASONIC JUAL SEMUA PEGANGAN SAHAM DALAM TESLA RM14.95 BILION
- BACA: PEMILIK MODEL S MENANG SAMAN RM972K. TESLA SAMAN BALAS TUNTUT RM3.8 JUTA DAN HARTA DIBEKUKAN
- BACA: SAKIT HATI KOS BAIKI MAHAL SANGAT, LELAKI LETUPKAN TESLA MODEL S GUNA 33KG DINAMIT
- BACA: PEMILIK TESLA DAKWA KERETA BREK SENDIRI SECARA TIBA-TIBA