
MINYAK ENJIN BOSCH PREMIUM X7 5W30. TEKNOLOGI JERMAN, SELANG SERVIS 10,000KM, BERKUALITI TINGGI, CUMA RM119.90 SEBOTOL
Minyak enjin adalah komponen penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik untuk mengurangkan geseran haba dan kehausan supaya kerosakan boleh dielakkan.
Ia juga berfungsi melindungi enjin daripada kakisan serta karat, menyejukkan suhu operasi enjin, membantu mengurangkan deposit akibat pembakaran bahan api yang tidak sempurna.
Kini, dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, pastinya anda mahukan minyak pelincir berkualiti tinggi, tetapi pada harga yang berpatutan. Apatah lagi jika anda perlu menukar minyak enjin lebih kerap kerana kerap memandu.

Jadi, terimalah Bosch Premium X7 5W30 yang direka dengan formula unik untuk membantu mengurangkan penggunaan petrol dan memanjangkan sela servis sehingga 10,000km.
Bosch Premium X7 5W30 disyorkan untuk kenderaan dengan pengecas turbo, gas asli termampat dan enjin petrol untuk sedan premium serta trak ringan.
Ia didatangkan dengan spesifikasi ILSAC GF-5, diperakui API SN, untuk kecekapan bahan api yang baik. Tahap kelikatan pada suhu berbeza-beza adalah kelebihan Bosch Premium X7 5W30 untuk mengekalkan konsistensi prestasi dalam merentas pelbagai keadaan dan suhu pemanduan.

Kelebihan lain Bosch Premium X7 5W30 adalah ia melindungi sistem ekzos dan memenuhi keperluan perlepasan emisi yang ketat. Selain pelinciran dinamik yang dibantu oleh penggunaan teknologi canggih untuk perlindungan masa nyata.
5W30 sangat sesuai untuk enjin 1,300 hingga 2,000cc, atau di bawah 2,000cc serta bagi kereta berusia kurang lapan tahun. Kereta yang berusia lebih 8 tahun digalakkan untuk menggunakan minyak enjin separa sintetik dan bergantung pada kenderaan kereta anda.
Bagi minyak enjin sintetik sepenuhnya pula, penukaran minyak enjin kereta perlu dibuat apabila perbatuan mencecah 10,000km.

Bosch Premium X7 5W30 boleh anda miliki pada harga yang sangat berpatutan jika dibandingkan dengan minyak enjin tier 1 yang ada di pasaran sekarang. Harga minyak itu boleh mencecah lebih RM200 sebotol. Minyak enjin yang dikilangkan di Malaysia mematuhi piawaian perlesenan Jerman.
Berminat nak beli? Caranya mudah sahaja, klik laman web auto2u.my di pautan INI dan dapatkan tawaran diskaun 20 peratus dengan menggunakan kod promo MEKANIKA20.
Harga asal Bosch Premium X7 5W30 ialah RM119.90 dan dengan kod promo MEKANIKA20 harganya kini hanya RM99 sahaja! Peh, murah betul.. Bukan itu sahaja, anda juga akan menerima kit kecemasan secara percuma. Promosi menarik ini bermula 23 Oktober sehingga 5 November 2022.