" "
Buletin

MITSUBISHI PERKENALKAN EV BAHARU 25 OKTOBER INI

Mitsubishi mengumumkan bakal memperkenalkan model konsep elektrik baharu pada acara Japan Mobility Show 2023.

Menerusi gambar acah yang disiarkan, ia kelihatan seperti minivan off-road dan beberapa media menyebut model baharu itu menggabungkan unsur-unsur Pajero, Delica D:5 serta Outlander PHEV.

Turut boleh dilihat pada gambar tersebut ialah terdapat enam orang sedang berjalan, memberi bayangan ia adalah kenderaan dengan enam tempat duduk serta ruangan but yang luas.

Beberapa bulan lalu, Mitsubishi mendedahkan bahawa ia bakal mengeluarkan tidak kurang daripada 16 model baharu dalam tempoh lima tahun.

Tiada perincian lain dinyatakan, tetapi kita boleh terus teruja kerana Mitsubishi mendedahkan secara rasmi model tersebut pada 25 Oktober ini.

Google ads
Back to top button