Artikel Pilihan

MITSUBISHI PERNAH HASILKAN TRANSMISI 8 KELAJUAN MANUAL

Pada saat kemuncak masalah krisis tenaga pada tahun 1970an, Mitsubishi pernah menghasilkan transmisi manual 8 kelajuan bagi kegunaan kenderaan mereka. Namun ia bukanlah seperti yang kita fikirkan, sebaliknya ia adalah menggunakan rekaan transmisi 4xr

Transmisi ini dikenali dengan nama Twin Stick atau Mitsubishi Super Shift transmission dihasilkan daripada transmisi manual 4 kelajuan mula digunakan pada model Mirage dengan 2 pilihan tombol gear. Pemandu boleh memilih samaada Power atau Economy dengan menggunakan tombol kedua.

Mirage merupakan model pertama Mitsubishi yang menggunakan pacuan roda depan, dengan kotak gear dipasang terus di bawah enjin dengan satu lagi syaf tambahan untuk keadaan idle atau melahu. Keadaan ini disebabkan jurutera mendapati adalah sukar untuk terus menyambungkan gear kepada klac disebabkan kotak gear berputar pada arah bertentangan

Jadi satu lagi syaf tambahan dipasang untuk menyambungkan kotak gear dengan klac. Syaf ini kemudian berkembang kepada transmisi dengan 2 pilihan samaada digunakan untuk penjimatan atau untuk penggunaan kuasa enjin maksimum dengan syaf ini boleh dikawal dengan tombol di sebelah tombol gear.

Pilihan menjadikan transmisi inni menawarkan sehingga 8 gear kelajuan dikenali dengan nama Twin Stick atau Mitsubishi Super Shift transmission ini membenarkan pemandu memilih mana-mana gear dalam mode 4×2. 4 pilihan gear dalam mode Eco dan 4 pilihan gear dalam mode Power.

Dari segi rekaan, transmisi ini adalah transmisi manual 4 kelajuan dengan rekaan “H” ditambah dengan 2 pilihan mode dengan satu 1 lagi tombol gear yang dipasang di bahagian tepi tombol gear. Secara keseluruhan keadaan ini menghasilkan 8 gear ke depan dan 2 gear mengundur.

Pemandu boleh memilih samaada untuk menggunakan mode Power atau Eco bergantung pada keadaan pemanduan. Gear Power menggunakan ratio yang pendek manakala gear Eco menggunakan ratio yang panjang

Dalam keadaan pemanduan sebenar, kebanyakan pemandu akan memilih untuk menggunkan mode Power ketika memecut pada kebanyakan masa. Gear Eco akan digunakan pada gear ke 4 apabila memandu laju di lebuhraya.

Transmisi ini digunakan oleh kebanyakan model Mitsubishi seperti Mirage, Colt, Cordia, Tredia dan Chariot. Malah kebanyakan model rebadge kenderaan ini turut menggunakan rekaan yang sama dan dijual sebagai Plymouth, Dodge dan Eagle

Google ads
Back to top button