
MOTOPLEX PETALING JAYA RASMI DIBUKA. TAWAR JENTERA PIAGGIO, VESPA, APRILIA DAN MOTO GUZZI
Piaggio Group baru-baru ini mengumumkan pembukaan MotoPlex Petaling Jaya yang menjadi bilik pameran pertama mempamerkan empat jenama premium di bawah kumpulan tersebut iaitu Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi.
Disifatkan sebagai sebuah stor konsep dinamik, MotoPlex Petaling Jaya turut menawarkan rangkaian produk yang komprehensif dan pusat servis.
Kemudahan itu diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles Sdn. Bhd., pengedar rasmi yang dilantik oleh pengedar motosikal Piaggio, Vespa, Aprilia and Moto Guzzi di Malaysia, Didi Group.

Kawasan seluas 5,812 kaki persegi itu dibahagikan kepada ruang pameran dan pusat servis. Ia dilengkapi peralatan diagnostik terkini dan dikendalikan oleh sepasukan mekanik berpengalaman.
Motoplex merupakan model peruncitan paling inovatif untuk industri dua roda. Ia membolehkan pengedar dan pengimport memanfaatkan jenama serta produk Piaggio Group di bawah satu bumbung.
“Motoplex ini akan membantu untuk mengukuhkan posisi dan meningkatkan kehadiran jenama kami di pasaran Asia. Kemudahan ini membolehkan kami menawarkan rangkaian produk lebih luas kepada pelanggan berpotensi,” kata Naib Presiden Kanan Oiaggio Group Asia Pasifik, Simone Niccolai.
GALERI


